PERMASIS sokong Elizabeth Wong letak jawatan

Petaling Jaya, 17 Februari 2009 - Persatuan Mahasiswa Selangor (PERMASIS) membuat kenyataan untuk menyokong perletakan jawatan oleh Cik Elizabeth Wong yang baru-baru ini telah dimalukan dengan penyebaran gambar-gambar intim dan separuh bogel beliau. Gambar-gambar itu ternyata diperolehi dengan pelanggaran ruang peribadi beliau dan merupakan pencabulan maruah yang besar terhadap beliau. Cik Elizabeth Wong baru-baru ini telah pun menawarkan diri untuk meletakkan jawatan exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“Tindakan beliau merupakan tindakan yang bijak dalam menangani isu tersebut. Ini bakal mengakhirkan konflik dan kontroversi dalam kerajaan negeri Selangor secara serta merta.

Golongan-golongan dengan kepentingan tertentu tidak akan dapat memainkan isu ini untuk kepentingan politik mereka. Tawaran meletakkan jawatan tersebut menunjukkan beliau seorang yang berprinsip.” kata Presiden PERMASIS, Khairudin bin Bajuri.

Dalam pada masa yang sama, PERMASIS tidak melihat ini sebagai kehilangan sokongan kepada bekas ADUN tersebut. Ramai di antara penyokong Elizabeth Wong masih mahukan beliau untuk berkhidmat kepada masyarakat. Tindakan Elizabeth meletakkan jawatan merupakan satu tindakan moral yang perlu dicontohi oleh banyak pihak. PERMASIS berpendapat, sekiranya jawatan exco dan ADUN masih dipegang oleh beliau, banyak lagi isu yang akan dimainkan oleh musuh-musuh politik beliau.

“Tetapi kita mahu siasatan dijalankan dengan telus. Pesalah yang menceroboh hak asasi Elizabeth Wong baru-baru ini seharusnya dibawa ke muka pengadilan. Isu ini melibatkan eksploitasi kaum wanita dan kita mesti membuat pembelaan dalam hal ini.”

Persatuan Mahasiswa Selangor (Permasis) merupakan sebuah NGO gabungan mahasiswa anak Selangor bagi kampus-kampus di seluruh Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Mohamad Hilman di talian 016-3024851

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.