BUKIT GANTANG, 2 Apr - UMNO mula menerima padah apabila memainkan isu derhaka sultan untuk menyerang PAS di Bukit Gantang. Serangan yang melampau-lampau ini menyebabkan orang ramai terutamanya pengundi melayu di Bukit Gantang mula ingin tahu benarkah Nizar derhaka kepada sultan.
Kelihatan petugas-petugas PAS dan Pakatan Rakyat telah bergerak menemui pengundi-pengundi. Ramai pengundi terutamanya orang-orang melayu tidak tahu perkara sebenar mengenai isu 'sembah derhaka' ydisebarkan oleh UMNO. Walaupun ramai yang tidak percaya orang sebaik Nizar derhaka, tetapi UMNO memainkan sentimen perkauman menyebabkan rakyat terpengaruh.Walaubagaimanapun petugas-petugas Pakatan Rakyat berjaya menerangkan dengan baik kepada pengundi yang ditemui.
Mulai kelmarin, polis tiba-tiba memberikan amaran kepada parti-parti politik yang bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang tidak dibenar menyentuh Sultan Perak dan juga kes pembunuhan Altantuya sebagai bahan berkempen. Perkara ini suatu tindakan yang pelik daripada pihak polis sendiri.
UMNO mula risau rakyat akan mengetahui perkara sebenar disebalik 2 isu yang panas ini. Asmuni Awi bercakap dalam sidang media semalam, "Saya yakin mereka ambil tindakan ini kerana langkah membangkitkan isu-isu ini (krisis politik dan Altantuya) menguntungkan pihak kami dan mereka (Umno dan Barisan Nasional) merasakan berhadapan dengan masalah."
Asmuni juga berkata, bahawa pihak berkuasa mempunyai peruntukan undang-undang secukupnya seperti Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan jika ada pihak yang membuat kenyataan-kenyataan yang tidak berasas.
Sebelum ini, UMNO dilihat menggunakan sentimen Nizar derhaka untuk mempengaruhi pengundi-pengundi terutamanya orang-orang melayu, menyebabkan orang melayu sedikit marah kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Banner Nizar derhaka terpasang di mana-mana di Sekitar Bukit Gantang, sejak penamaan calon lagi.
Walaupun begitu, ia memberi kesan tidak baik kepada UMNO sendiri apabila sikap ingin tahu rakyat mengenai isu sebenar menjadi-jadi. Akibat daripada tindakan UMNO ini juga, menyebabkan rakyat Perak mula mengingati peristiwa lama bagaimana UMNO menipu Sultan Idris suatu ketika dahulu.
Pada tahun 1974, menteri besar perak ketika itu, Tan Sri Ghazali Jawi yang juga merupakan ayah kepada Tajol Rosli pernah berjanji kepada Sultan Idris untuk meletakkan jawatan selepas 2 tahun pemerintahannya. Walaubagaimanapun pada tahun 1977, Tan Sri Ghazali Jawi menipu sultan dan tidak meletakkan jawatan. Malah pemuda UMNO menghantar memorandum kepada Sultan Idris tidak berhak memecat menteri Besar.
"
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan