Najib sebagai PM yang ke 6

Pada 4 april tercatat lah dalam sejarah akan perlantikan Najib sebagai PM yang ke6.Banyak sesuatu yang menarik dapat diceritakan tentang diri Najib ini, Najib berkata, beliau insaf bahawa pelantikannya sebagai perdana menteri merupakan satu tanggungjawab besar dan mandat yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin supaya keyakinan rakyat terhadap kerajaan tidak tergugat.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas mengenai perasaannya yang bakal memegang jawatan Perdana Menteri."Saya amat insaf bahawa ini satu tanggungjawab...satu penghormatan yang amat besar.

"Tapi lebih penting daripada itu, saya membawa satu perasaan keinsafan yang amat mendalam dan tawaduk bahawasanya ini bukan satu status, bukan soal kuasa tapi soal tanggungjawab...(dan) harapan yang diberi oleh rakyat amat besar," kata timbalan perdana menteri.Katanya beliau perlu melaksanakan yang terbaik supaya rakyat yakin yang kerajaan bawah pimpinan beliau kelak merupakan sebuah kerajaan yang berkhidmat untuk rakyat dan yang boleh mereka bergantung harap kerana faham akan kehendak mereka.


Bila kita mencongak akan ucapan beliau ini,adalah sesuatu yang perlu kita fikirkan secara mendalam,terutamanya atas ucapan tawaduk itu,bila kita memperincikan perkataan tawaduk itu dari kehendak ugama,maka sudah semestinya orang yang tawaduk itu orang yang benar benar beriman.Bila mana ia memerintah,ia akan pasti memerintah mengikut pertunjuk Allah,akan memastikan pemerintahan nya,sedikit pun tiada terlibat dengan perlakuan rasuah,jika ada tuduhan rasuah,maka orang itu akan diseret kemuka pengadilan tanpa pilih kasih.Juga siapa yang menjadi dalang pada kematian gadis Mongolia itu akan dibawa kemuka pengadilan tanpa mengira darjat.

Kita ingin bertanya secara jujur,apakah Najib ada kehendak dalam hasrat begini,jika ada,maka kami sebagai rakyat Malaysia akan berdiri teguh dibelakang beliau sebagai pendokong pendokong yang tetap bersetia janji.Manusia yang beriman(islam) itu hanya dapat disatukan dibawah panji panji yang tiang paksi nya tetap teguh pada pertunjuk Allah(Al-Quran dan Sunnah Nabi).Dan ini lah perubahan yang kami harpakan dari ke pimpinan Najib.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.