Perhimpunan Agung UMNO berakhir seperti filem Hindustan. Heronya yang hensome berjaya mendapat tempat dengan pelbagai helah. Perwakilan yang letih bertepuk tangan dan sesekali tertidur tidak sedar dengan teguran wakil Pemuda UMNO dari Pahang tentang asas perjuangan UMNO yang tidak nampak memperjuangkan Islam.
Kata Ustaz Syahrin Jamaluddin, UMNO gagal membentuk persepsi di kalangan rakyat mengenai apakah yang sebenarnya diperjuangkan oleh parti tersebut.
Beliau yang juga pengerusi Forum Perdana Islam di RTM berkata, maklum balas tersebut diperolehi melalui forum berkenaan.
Berucap membahaskan usul agama di perhimpunan agung Umno di PWTC semalam, Syahrin berkata, maklum balas menunjukkan Umno tidak dilihat memperjuangkan Islam.
Jika ingin dilihat memperjuangkan Islam, UMNO perlu meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan, dengan menjadikan Al Quran dan Sunnah sebagai panduan dan rujukan utama. Ia boleh dimulakan dengan pindaan kepada dasar perlembagaan UMNO, kemudian diteruskan dengan terjemahannya pada diri pemimpin dan isteri-isteri mereka.
Ia akan menyerlahkan hasrat UMNO untuk kembali kepada Islam jika menganjurkan program-program yang mengajak ahli mengerjakan amal makruf dan menjauhi perkara mungkar.
Presiden UMNO yang baru tentu menggemari idea ini kerana beliau berpeluang meneroka pendekatan baru setelah gagasan Islam Hadhari ciptaan mantan presiden UMNO yang lalu ditolak rakyat.
dipetik dari
http://rajasedaka.wordpress.com/"
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan