Referendum Tolak UMNO/BN

Terdapat sekurang-kurangnya tujuh isu yang berlegar di Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Batang Air ketika ini. Kesemua isu itu telah menjerat leher UMNO/BN. Dengan demikian, mahu tidak mahu, UMNO/BN telah terhumban ke dinding.

Sehubungan itu, Pakatan Rakyat mempunyai harapan yang sangat besar untuk memenangi semua kerusi yang dipertandingkan. Namun demikian, PAS dan PKR tidak boleh mengambil sikap terlalu yakin. UMNO/BN bukan sahaja mempunyai wang yang banyak malahan juga mengawal media, menggunakan peralatan kerajaan, dan memiliki pelbagai taktik kotor.

Semua petugas Pakatan Rakyat perlu bersiap siaga sepanjang masa, tidak boleh leka, dan tidak boleh terlalu mudah berpuas hati. Biarkanlah pondok-pondok UMNO/BN kosong. Biarkanlah pekerja-pekerja UMNO/BN melahu di kedai kopi kerana mereka dapat habuan banyak dari duit haram. Perjuangan memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Kita perlu memainkan peranan masing-masing dengan jujur dan ikhlas demi keberkatan untuk ummah. Di samping itu, janganlah lupa menunaikan tanggungjawab terhadap Khalik dan berdoa kepada-Nya supaya dipermudahkan jalan ke mercu kejayaan. Saya harap TKO membenarkan artikel ini dibaca oleh seramai mungkin pengunjungnya.

ISU MORAL PRESIDEN UMNO/PM

Polis Taiping (KPN nafi) melarang kita menyebut satu nama. Tak payah sebutlah. Kalau kita sebut individu itu dengan ungkapan "wanita Mongolia" pun semua orang tahu siapa yang dimaksudkan. Di samping itu, tidak ada kes yang berkaitan dengan Presiden UMNO/PM dengan wanita Mongolia itu dibicarakan sama ada di mahkamah Malaysia mahupun di luar negara. Jadi, tidak timbul subjudis kalau perkara ini dibangkitkan.

Dalam satu majlis di sebuah masjid di kawasan Parlimen Permatang Pauh, Najib telah bersumpah bahawa dia tidak mengenali wanita Mongolia yang diheboh-hebohkan itu. Walau bagaimanapun, laporan Kompas.com, The Liberation, The Times of India, The Australian, Timeonline, The Nation, 9News.com, dan lain-lain menyatakan hal yang sebaliknya serta beberapa maklumat tambahan lagi.

Hal inilah yang membingungkan rakyat. Sebenarnya, ada banyak lagi kes tentang Najib ini. Semuanya negatif. Persoalannya ialah siapa yang bercakap benar dalam hal itu. Setakat ini tiada reaksi yang diberikan oleh Najib. Dia berhak menyaman semua media atau mana-mana media yang difikirkan perlu (sekiranya laporan yang disiarkan berunsur fitnah) demi membersihkan imej dan namanya. Jangan pula pura-pura lupa, dia akan dimakan sumpah. Allah berkuasa menentukannya.

Keengganan itu yang menimbulkan tanda tanya dalam kalangan rakyat. Akhirnya, rakyat akan percaya kepada laporan-laporan tersebut dan media-media asing itu akan meneruskan kerja mereka. Isu ini akan menjadi lebih sensasi dengan pelantikannya sebagai PM.

Janganlah ambil mudah perkara ini seperti yang diluahkan oleh anak-anak beliau bahawa pemimpin politik memang terdedah kepada tohmahan. Fikirkan kesannya kepada ekonomi negara ketika kita sedang bergelut dengan kemerosotan ekonomi global ketika ini. Sekiranya isu ini dibiarkan berpanjangan imej negara pasti terjejas dan sokongan rakyat terhadap UMNO/BN dalam semua PRK pada 7 April 2009 nanti pasti merudum.

ISU RASUAH

UMNO/BN sudah hilang pedoman atas isu ini. Mereka bukan sahaja tidak mampu menepis malahan juga menutupnya. Bukti nyata tentang hal ini ialah lebih 900 aduan rasuah politik yang masih belum selesai, siasatan kepada pemenang dalam perhimpunan baharu-baharu ini telah bermula, Ali Rustam dihalang daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO kerana mengamalkan rasuah politik, dan Khairy Jamaluddin memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO walaupun didapati melakukan kesalahan yang sama dengan Ali. UMNO mengambil keputusan untuk merestui perbuatan mereka dan mengekalkan jawatan mereka berdua.

Sehubungan itu, rakyat menerima hakikat bahawa UMNO/BN ialah parti rasuah. Rasuah merupakan satu amalan yang tidak bermoral. Para pengamalnya tidak boleh dipercayai. Parti yang menghalalkan rasuah wajib ditolak. Pengundi-pengundi di Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Batang Air akan menolak UMNO/BN.

ISU PPSMI

PPSMI dilaksanakan di semua sekolah di seluruh Malaysia walaupun ditentang secara berterusan oleh pelbagai pihak. Pelaksanaan dasar ini bukan sahaja melanggar Perlembagaan Malaysia tentang penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa Kebangsaan malahan juga menganiaya anak-anak Melayu dan Bumiputera yang majoritinya mendiami kawasan-kawasan luar bandar dan pedalaman. Dua kawasan ini tidak mempunyai akses yang kuat dengan bahasa Inggeris.

Lantaran itu, murid-murid Melayu dan Bumiputera tidak dapat mengikuti mata pelajaran Sains dan Matematik dengan baik serta menjunamkan minat mereka terhadap dua mata pelajaran tersebut. Hal ini telah dibuktikan oleh hasil penyelidikan yang dilaksanakan oleh para ilmuwan dari pelbagai IPT ternama di Malaysia. Penyelidikan itu juga telah membenamkan hujah kuno Tun Dr. Mahathir. Penyelongkaran maklumat membuktikan dasar ini berudang di sebalik batu. Banyak syarikat yang mendapat untung berlipat kali ganda melalui kontrak membekalkan paralatan-peralatannya.

Tak tahulah sama ada masih terdapat orang yang sebegitu biol mempercayai teori nak bagus bahasa Inggeris kena belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Rakyat Malaysia yang budiman! Berhentilah menyokong UMNO/BN yang mengkhianati anda semua.

ISU TANAH

Mengikut pengagihan kuasa pentadbiran Malaysia, hal ehwal tanah diletakkan dalam Senarai Negeri, bukan Senarai Persekutuan dan bukan juga Senarai Bersama. Sehubungan itu, Kerajaan PR Perak mengetepikan cadangan yang terkandung dalam Kanun Tanah Negara dalam urusan pemberian tanah tertentu.

Tentulah aneh apabila Zambry bersungut tentang "pelanggaran" itu tanpa sebarang tindakan susulan semasa berkempen di Bukit Gantang bagi membuktikan kebenaran kata-katanya. Memang mudah kalau hendak bercakap ikut sedap mulut sahaja. Nampaknya dia hanya berjaya mengelirukan rakyat dalam hal ini. Bagaimanakah pengundi hendak mempercayai cakap-cakap kedai kopi macam orang tak sekolah ini?

UMNO/BN menuduh Nizar menjadi boneka DAP. Oleh sebab itu, dia dituduh mengurniakan banyak tanah kepada orang Cina. Hakikatnya, PR telah memberi 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakannya Melayu) seluas 7,000 ekar. Hanya 47,000 lot kampung baru (kebanyakannya Cina) campur kampung adat (untuk Orang Asli) seluas 3,000 ekar. Angka-angka inilah yang diriuhkan oleh Zambry, NGO Melayu proUMNO, dan beberapa kerat profesor di IPTA. Kini mengapa mereka membisu? BODOH.

Semasa memerintah Perak, UMNO/BN telah menggadai 22,000 ekar tanah kerajaan kepada KL Kepong di Lekir, Manjong; 5,000 ekar di Bruas dan 1,500 ekar diberi kepada MCA di bandar Baru Kampar untuk projek UTAR; dan Tanah Simpanan Melayu seluas 200 ekar tapak kilang simen digadai kepada YTL di Padang Rengas.

Bandingkan keluasan tanah yang diberi oleh UMNO/BN kepada MCA satu-satunya dengan semua keluasan tanah yang diberi oleh PR kepada semua pihak tanpa mengira kaum dan parti. Mengapa UMNO/BN membisu dalam hal ini? Bodoh. Mengapa UMNO/BN terhegeh-hegeh beri tanah kepada orang Cina sekarang ini? Khianatlah tu.

Harus diingat bahawa statistik pemberian tanah UMNO/BN yang tercatat di atas hanyalah beberapa contoh. Banyak lagi yang sengaja tidak dikemukakan di sini. Tidakkah statistik itu menunjukkan Kerajaan BN Perak yang diterajui UMNO menjadi kuda tunggangan MCA?

Di Batang Air, tanah milik individu, tanah orang Penan, dan tanah adat orang Iban telah dirampas tanpa pemberian sebarang pampasan untuk kroni dan syarikat antarabangsa. Adilkah perbuatan ini? Adakah pemimpin Iban dalam BN memperjuangkan hak orang Iban?

Isu tanah menyerlahkan keserakahan pemimpin UMNO/BN menggunakan kuasa untuk kepentingan diri, kroni, dan syarikat-syarikat. Sehubungan itu, rakyat wajib menolak UMNO/BN dalam semua PRK pada 7 April 2009 nanti.

ISU MI SEGERA / GULA-GULA POLITIK

Semasa berkempen di Permatang Pauh, UMNO/BN beri pelbagai projek mi segera kepada pengundi. Pengundi menolak UMNO/BN. Semasa berkempen di Kuala Terengganu, UMNO/BN bukan sahaja memberi pelbagai projek mi segera malahan juga membawa semua pemimpin tertinggi berkubu di Kuala Terengganu untuk membedak-bedakkan mi segera kepada pengundi. Nilainya berbilion ringgit. Pengundi sekali lagi menolak UMNO/BN.

Hal yang sama dilakukan di Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Batang Air. Najib ialah penipu besar kerana dia yang kata tiada projek mi segera lagi dalam PRK kali ini. UMNO/BN sedar mereka tidak boleh hidup tanpa memberi gula-gula kepada pengundi.

Dalam ucapan sulung sebagai PM pun Najib beri gula-gula. Bebaskan tahanan ISA konon. ADUN pembangkang yang ditahan terus merengkok di Kamunting. Kemudian tarik penggantungan Harakah dan Suara Keadilan. Inilah sandiwara yang dari dahulu hingga kini dimainkan oleh semua PM Malaysia dalam ucapan sulung mereka. Udang di sebalik batunya ialah nak tunjuk sikap keterbukaan dan mesra rakyat. Sama-samalah kita lihat tindakan PM baru ini apabila dia tersepit.

Rakyat meluat dengan lakonan UMNO/BN ini. Semua pengundi sudah faham benar dengan taktik lapuk UMNO/BN. Mereka akan ambil hak mereka tanpa berasa perlu membalas pemberian tidak ikhlas itu dengan mengundi BN. Tiada undi kepada UMNO/BN untuk gula-gula!!!

ISU DERHAKA

UMNO/BN dan para pencacai mereka memang tiada kemaluan apabila menuduh Nizar menderhakai Sultan Azlan Shah. Hakim Abdul Aziz berkata, "... Mohammad Nizar dalam permohonannya tidak mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh Sultan Azlan Shah ..." Sehubungan itu, peguam Sulaiman Abdullah memberitahu pemberita bahawa soal Mohammad Nizar derhaka kepada Sultan Azlan Shah tidak timbul.

Dengan kenyataan ini, UMNO/BN dan pencacai mereka terhumban ke dinding dengan pukulan K.O. Pengundi di Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Batang Air tidak akan memberi muka kepada semua penceramah UMNO/BN yang menyentuh hal yang telah bertukar menjadi fitnah ini.

Sebaliknya mereka akan menghukum UMNO yang sudah terang lagi bersuluh menjadi penderhaka tegar kepada raja di Malaysia. Di bawah ini diperturunkan senarai penderhakaan UMNO kepada raja untuk tatapan dan kutukan rakyat atas kebiadapan UMNO itu.

1. Dato' Onn Jaafar, abang, dan kakaknya dibuang negeri ke Singapura kerana menderhakai Sultan Johor.

2. Pada tahun 1974, Ghazali Jawi menderhaka dengan menipu Sultan Idris apabila enggan letak jawatan Menteri Besar setelah tamat tempoh dua tahun yang dijanjikan.

3. Pada tahun 1979 berlaku krisis antara Sultan Pahang dengan Abdul Rahim Bakar, Menteri Besar ketika itu. Media dan UMNO mengkritik Sultan Pahang.

4. Pindaan Perlembagaan tahun 1983. UMNO yang tidak puas hati bertindak mengkritik dan memalukan semua sultan di Negeri-Negeri Melayu.

5. Pindaan Perlembagaan tahun 1993. UMNO membuat kenyataan terbuka menghina raja dan mengadakan rapat umum menyokong Mahathir dan mengecam raja.

6. Pada tahun 1990, UMNO kalah teruk dalam pilihan raya di Kelantan. UMNO membuat demonstrasi dan menghantar memorandum untuk mengecam sultan yang dituduh terlibat dalam politik.

7. Annuar Musa menabalkan Sultan Kelantan Haram di bawah pokok pada tahun 1993.

8. Shahidan Kassim mempertikaikan kesahihan Sultan Kelantan.

9. Muhammad Muhd. Taib melarikan Ku Yah dan menikahinya tanpa pengetahuan Sultan Selangor.

10. Penyokong-penyokong Idris Jusoh yang menderhakai Sultan Terengganu kerana enggan melantiknya semula sebagai MB setelah dipersetujui oleh Pak Lah membuat kain rentang bertulis "KAMI NAK IDRIS, NATANG".

11. Shahidan Kassim dan penyokong-penyokongnya menderhakai Raja Perlis apabila tidak dilantik semula sebagai MB setelah dipersetujui oleh Pak Lah.

UMNOlah satu-satunya parti penderhaka di Malaysia. Walaupun majoriti ahli UMNO Melayu, mereka sudah lupa akar Melayu. Mereka gagal memahami bahasa halus iatana yang telah digunakan sejak Kesultanan Melayu Melaka lagi. Bacalah semula Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah untuk memahami maksud sebenar "sembah derhaka". Jangan jadi manusia celaka apabila hentam kromo sahaja tentang isu ini. Dalam kes ini, Melayu-UMNO telah hilang kemelayuannya. Merekalah Melayu yang layu di bumi Malaysia ini. Bagaimanakah mereka mendakwa menjadi pembela Melayu? Tak dak kemaluan ke?

Kes ini telah menimbulkan bukan sahaja rasa meluat rakyat terhadap UMNO malahan juga rasa loya. Tidak habis-habis mereka menipu orang Melayu. Tidak habis-habis mereka menipu kaum-kaum lain di negara ini. Lihatlah nanti pengajaran rakyat terhadap mereka. Harus diingat bahawa sedikit demi sedikit, hari demi hari. mereka sedang menderita ketulahan akibat perbuatan-perbuatan derhaka itu.

ISU KRISIS PERLEMBAGAAN

Rakyat telah menerima hakikat bahawa UMNO/BN telah merampas kuasa di Perak. Mereka menyembunyikan dua ADUN PKR, kemudian seorang ADUN DAP, dan memaksa ADUN UMNO yang memasuki PKR kembali ke UMNO sebagai taktik kotor untuk memperdaya sultan supaya setuju memberi kuasa kepada UMNO/BN.

Hingga kini, krisis itu tidak selesai malah merebak dari hari ke hari. Kedua-dua pihak, iaitu PR dan UMNO/BN naik turun mahkamah sahaja kerjanya. Bila mereka ambil tahu masalah rakyat pun tak taulah.

Bila mahkamah tolak saman pemula Sivakumar, Muhammad Muhd. Taib yang terkenal sebagai oportunis itu terus percaya laporan akhbar dan TV3 yang bengong itu bahawa tiga ADUN BEBAS itu diakui sah kedudukan mereka di DUN. Tanpa berfikir panjang, dia menggunakan fakta songsang itu untuk berkempen. Semua yang ada di hadapannya ditipu bulat-bulat.

Itulah imej sebenar pemimpin UMNO/BN. Merekalah penipu. Merekalah samseng. Merekalah pengkhianat. Merekalah perasuah tegar. Merekalah orang kaya tegar. Merekalah yang menolak hudud. Merekalah yang tidak berkualiti. Merekalah yang tiada kredibiliti. Merekalah yang tiada integriti.

Rakyat pasti menolak UMNO/BN berdasarkan kenyataan-kenyataan di atas yang kesemuanya dibentangkan dengan bukti nyata dan sahih. Tiada gunanya untuk menipu anda semua. Sokonglah Pakatan Rakyat. Kekalkanlah kemenangan untuk rakyat.

LAWAN TETAP LAWAN!!!

SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT!!!

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.