Dr Mahathir Menemplak Abdullah?

Saya memang percaya kepada cara sedemikian. Kadangkala ada orang yang datang duduk bersembang dengan saya menangis... tetapi itulah caranya. Saya tidak pernah dan tidak akan memalukan sesiapa,” kata Abdullah.

Bagaimanapun, berbeza dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang berpelukan dengan Abdullah pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno, Sabtu lalu, sekali gus menggambarkan kepada perwakilan Umno bahawa perdamaian sudah dijalin antara mereka, ternyata begitu sukar untuk beliau memaafkan Abdullah.

Kelmarin, Dr Mahathir menggunakan pentas antarabangsa melalui BBC mengkritik Abdullah dengan mengatakan ‘segalanya buruk’ ketika Abdullah menjadi Perdana Menteri.

Beliau juga menghentam Khairy Jamaluddin dan anak Perdana Menteri, Kamal Abdullah, dengan mengatakan kedua-duanya yang menentukan pelbagai dasar ketika Abdullah memegang tampuk pemerintahan negara.

“Semuanya tidak kena ketika Abdullah ambil alih...,” katanya yang enggan mengakui sebarang kesilapan ketika ditanya berulang kali oleh BBC sama ada masalah yang timbul dalam Umno dan Malaysia juga berpunca daripadanya sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

Bagi Dr Mahathir, kesilapan yang dilakukan sepanjang tempoh itu ialah memilih Abdullah menjadi penggantinya.

Sementara itu, dalam pertemuan lebih sejam, Abdullah turut diminta mengulas mengenai pelbagai pengalaman dan perasaannya sepanjang menjadi Perdana Menteri daripada pengalaman pahit manisnya, sehinggalah kepada hubungannya dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Mungkin saya boleh menangani isu Dr Mahathir dengan cara yang lebih baik tetapi... tak apalah,” katanya sambil menambah, beliau tidak berdendam, walaupun dikritik hebat bekas Perdana Menteri itu berhubung pelbagai isu.

Perdana Menteri dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, esok bagi memohon perkenan untuk melepaskan jawatan dan melaksanakan pelan peralihan kuasa kepada Najib, seperti yang dirancangkan.

http://puteraazhari.blogspot.com/

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.