Program Kempen Di Rumah Panjang Nanga Kesit

Pagi tadi sekitar jam 8.45, saya hadhir di sidang akhbar di Pasar Lubok Antu. Dalam menjawab soalan para wartawan, saya tegaskan bahawa perubahan mesti dilakukan demi rakyat Sarawak.

Seharusnya kita terkesan dengan keluhan tuai Rumah Panjang Nanga Kesit betapa mereka, meski pun menyokong kerajaan dipinggirkan sepanjang pemerintahan BN selama berpuluh tahun. Jelas, wujud ketempangan dari sudut dasar pentadbiran kerajaan negeri sedia ada.

Semalam, salepas berjemaah Maghrib di Masjid Kampung Melayu, Lubok Antu, saya dijamu dengan hidangan istimewa talapia Iban di Bedok Cafe.

Sebelum itu, kami berkunjung ka Rumah Panjang Nanga Kesit dan disambut olih Tuai Rumah Jampang. Acara dimeriahkan dengan persembahan tarian pahlawan Iban.

Turut serta bersama saya ialah pimpinan Pakatan Rakyat negeri Sarawak antaranya YB Gabriel Adit, YB Dominique Ng, YB Chiu Chee Seng dan juga calun kerusi Dun Batang Ai, saudara Jawah Gerang.

Saya menerangkan perihal tanah adat dan hasil bumi Sarawak yang dimanipulasi oleh BN sehingga mengenepikan hak rakyat dan membandingkan pencapaian ekonomi negeri Selangor yang kini diterajui oleh Pakatan Rakyat.
ANWAR IBRAHIM
dari blog Anwar Ibrahim.


--
Lawatilah blog kami & rakan2 reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.