Hapuskan Kemungkaran UMNO/BN

"UMNO berhasrat menjadi parti yang bersih dan kuat. Namun, hasrat itu tinggal impian semata-mata. Kesemuanya berpunca daripada nafsu serakah ahli-ahlinya. Aduan rasuah politik dalam peringkat bahagian sahaja mencecah lebih 900 kes.

Kes yang diselesaikan boleh dibilang dengan jari. Ini bermakna pemimpin yang terpilih baru-baru ini tidak boleh mendakwa mereka bersih. Pemimpin-pemimpin yang kalah pun tidak boleh mendakwa mereka bersih. Mereka kalah kerana kedekut nak keluarkan banyak duit!!! Rasuah tetap juga diamalkan.

Maka terang dan nyatalah barisan kepimpinan itu berstatus ketam jika berhasrat untuk mengajak semua ahli UMNO menjadi pejuang yang jujur dan ikhlas membela bangsa, agama, dan negara. Ketam telah dijadikan Allah sejak azali tidak berupaya mengajar anaknya berjalan betul.

Sehubungan itu, rakyat berhak mencurigai kejujuran Presiden UMNO. Rakyat berhak mencurigai Timbalan Presiden UMNO. Rakyat berhak mencurigai semua Naib Presiden UMNO. Rakyat berhak mencurigai semua Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Rakyat berhak mencurigai Ketua Wanita UMNO. Rakyat berhak mencurigai Ketua Pemuda UMNO. Rakyat berhak mencurigai Ketua Puteri UMNO. Rakyat berhak mencurigai Ketua Putera UMNO. Rakyat berhak mencurigai semua Ketua Bahagian UMNO. Rakyat berhak mencurigai semua Ketua Cawangan UMNO. Rakyat berhak mencurigai semua ahli UMNO.

Tidak ada seorang pun yang waras dapat menerima kata-kata yang keluar dari mulut perasuah sebagai benar. Anak-anak muda yang diajar Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) di sekolah dan kini layak mengundi akan mentertawakan lakonan baik penceramah UMNO/BN. Semua penceramah itu akan membuang masa, wang, dan tenaga untuk memujuk pengundi yang semakin meluat kepada UMNO/BN. Mereka hanya berdaya memujuk ahli UMNO yang buta hati untuk menyebelahi mereka.

Jangan buat andaian semua ahli UMNO bersetuju dengan apa-apa yang sedang berlaku dalam UMNO sekarang ini. Ada antara mereka yang tak suka calon yang dipilih. Ada antara mereka sudah tahu perangai buruk calon yang dipilih. Ahli-ahli UMNO yang tidak sehaluan ini akan memilih sama ada tidak keluar mengundi atau mengundi Pakatan Rakyat.

Golongan muda dan tua yang bermaruah di Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Batang Air! Anda percayakah kepada luahan hati yang dikeluarkan oleh Khairy Jamaluddin? Anda percayakah luahan hati Muhyiddin Yassin? Anda percayakah luahan hati Muhammad Muhd. Taib? Anda percayakah luahan hati Zahid Hamidi? Anda percayakah luahan hati Zambry Kadir?

Jangan sekali-kali percaya kepada perasuah tegar / pemimpin yang bersekongkol dengan perasuah / pemimpin yang turut menghalalkan amalan rasuah ini. Jika anda dekati mereka, anda akan terikut-ikut dengan perangai buruk mereka yang penuh dosa dan noda.

Saya percaya anda tidak bersetuju dengan perbuatan mungkar itu. Saya percaya anda berpegang kepada prinsip keimanan yang digariskan oleh agama yang anda anuti. Semua agama tidak merestui amalan rasuah yang penuh dengan tipu daya dan menyesatkan itu.

Marilah kita bina tamadun yang luhur berasaskan nilai-nilai kamanusiaan sejagat, yakni adil, sejahtera, berkebajikan, mesra rakyat, tidak elitis, dan mendokong konsep hidup bersama. Bersama-samalah kita bersatu menentang rasuah agar belitannya yang membelenggu dapat diuraikan. Kita cantas semua perasuah dan bakal perasuah yang menjahanamkan negara ini. Kita hapuskan rasuah hingga ke akar umbinya.

Rasuah laknatulLah kini bersarang dalam UMNO/BN. Menjadi tugas kitalah untuk menghapuskan mereka. Mereka mengganggu kehidupan kita. Mereka merampas hak kita. Mereka merompak hak rakyat yang tidak berdaya. Sementara kita masih diberi masa untuk bertindak, usahlah berlengah. Lakukannya dengan segera.

Semua pengundi di Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Batang Air; tak kira tua atau muda; kaya atau miskin, lelaki atau wanita; Melayu, Cina, India, Iban, atau lain-lain; tanamkan kebencian yang sedalam-dalamnya pada rasuah. Tanamkan iltizam yang teguh untuk berjuang menghapuskan rasuah tanpa bergantung kepada SPRM yang menjadi rakan seperjuangan UMNO/BN. Sokonglah Pakatan Rakyat. Kekalkan kemenangan untuk rakyat!!!!

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.