Tanpa pilihan raya bersih dan adil, tidak wujud kerajaan berwibawa

Tak lama lagi kita akan menghadapi PRK di tiga tempat secara serentak(Bukit Gantang, Bukit Selambu dan Batang Ai), dan SPR telah menetapkan hari pengundian pada 7 april nanti. Sudah pasti pihak BN akan berkerja keras untuk memenangi ketiga tiga PRK ini dalam apa jua cara.

Kita juga telah sedia maklum yang pihak BN akan menggunakan seluruh jentera kerajaan untuk membantu kempen politik mereka. Dan sememang nya pihak pembangkan akan menghadapi apa jua pilihanraya dalam suasana yang tiada keadilan.

Media masa kerajaan,siang dan malam akan menjadi tali barut dalam berkempen,dan banyak dari berita berita yang mereka sampaikan adalah berbau fitnah dan pembohongan.Sedang bagi pihak pembangkang,lidah resmi sebagai penyampai maklumat telah digantung permit nya selama 3 bulan.

Ternyata pihak BN benar benar menyekat kebebesan media dari pihak PR(Pakatan Rakyat).Dan ini menyukarkan bagi pihak PR untuk menyampaikan maklumat yang terkini.Mungkin ini lah maksud perubahan yang mereka katakana dalam perhimpunan agung umno lalu,menyekat kebangkitan suara rakyat.

Senjata utama yang akan digunakan olih pihak BN ialah SPR, kita sedia maklum bahwa selama ini SPR diperkuda semahunya.Pengundi hantu adalah kes yang tak pernah terpadam dari apa jua waktu pilihan raya, Ramai yang sudah beberapa kali mengundi, hilang nama dalam daftar pemilih. Ada yang berang apabila pihak lain terlebih dulu mengundi bagi pihaknya.

Dan kes begini akan berulang pada setiap kali pilihanraya.Dan orang yang telah meninggal lama pun masih ada dalam daftar pemilih.Juga bila ada kes pengundi hantu,pasti jambatan pendafataran negara akan terlibat sama dalam mengeluarkan ic mee segera bagi pengundi hantu ini.

Bagi sesiapa sahaja yang menyanggupi diri nya untuk menjadi pengundi hantu,mereka ini jelas sebagai pengkhinat bangsa,wang yang mereka dapat secara rasuah ini akan mengelapkan seluruh hati mereka dari melihat pertunjuk Allah."

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.