Saya merasa terpanggil untuk mengingatka kepada para pengundi di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Saya berkesempatan berkunjung ke Kampung Sook yang terletak nun jauh di Keningau bagi menziarahi saudara seagama yang telah 36 tahun berhijrah daripada Ranau Sabah ke Kg Sook.
Anda boleh membaca petikan dibawah yang ditulis oleh anak jati Kg Sook bertajuk “REPUTASI PEMBANGUNAN DAERAH SOOK BUKTI KERAJAAN BN LEMAH”.
Saya mengambil kesempatan bertanya kepada para penduduk apa yang meraka rasa tidak puas hati terhadap kerajaan BN yang telah lama memerintah Sabah.
Mereka dengan tegas menyatakan bahawa kami dipermainkan oleh kerajaan BN, kami masih menggunakan air hujan, tiada air paip bersih unutk mandi dan minum, elektrik hanya menggunakan generator(6pm-12 malam). Hanya dapat dilihat ialah tiang elektrik yang dipacak pada setiap kali pilihanraya. Baru-baru ini Nampak macam ada orang yang melakukan kerja menarik wayar tetapi apabila tidak jadi pilihanraya di Pensiangan maka ianya hilang begitu sahaja.
Akibat daripada lubang yang dikorek utk kerja-kerja menanam tiang, ada kambing yang terjatuh kedalamnya. BN ini bukan hanya menyusahkan rakyat tetapi binatang pun turur susah. Budaya politik menjanjikan habuan, menjadikan umpan kepada rakyat, kadang-kadang berupa ugutan menyebabkan rakyat di Sook merasakan mereka dihina oleh kerajaan BN.
Jika kita bergerak keseluruh Sabah menggunakan jalanraya, kita dapati keadaan jalan tidak sempurna dan sangat bahaya kepada pengguna. Saya yakin jika peruntukan yang diluluskan digunakan dengan baik sudah pasti keadaa sedemikian tidak wujud.
Ahli parlimen pun tidak prihatin dengan keadaan di kawasan mereka, masing-masing sibuk memperkayakan diri. Walaupun transformasi telah berlaku dalam kepimpina umno yang ramai mengatakan bahawa ini akan membawa perubahan yang besar kepada UMNO dan BN secara tidak langsung menguntungkan rakyat.
Ini semua karut, Pemilihan dalam parti mereka sudah rasuah dan tak boleh nak dibendung, macam mana nak membendung amalan rasuan dalam Negara. Bagi yang terlibat dengan rasuan, hukuman berbeza-beza, ini pun sudah tidak adil. Jadi akhirnya saya menyeru kepada semua pengundi di Bukit Gantang, Selambau dan Batang Ai supaya membuat pilihan bijak dengan memilih calon daripada pakatan rakyat yang akhirnya akan membawa kepada kemenagan rakyat .
Jangan percaya tohmahan bahawa pakatan rakyatlah yang menyebabkan politik Negara kita bercelaru dan tidak stabil, sebenar tindak tanduk Najib atau umno itu sendiri yang telah menyebabkan suasan politik menjadi tidak stabil. Mereka tidak boleh menrima bahawa mereka kalah teruk pada Mac 2008, maka buat apa sahaja untuk kembali berkuasa dinegeri yang sudah hilang daripada penguasaan mereka. Lihat apa yang berlaku di Perak, ini semua kerja kotor pemimpin UMNO.
PetikanREPUTASI PEMBANGUNAN DAERAH SOOK BUKTI KERAJAAN BN LEMAH
Lebih daripada 20 tahun berlalu, wajah daerah sook masih belum ceria. Kelihatan pada raut fizikal daerah ini, jelas menggambarkan betapa daerah ini masih terlalu lemah dari segi pembangunan. Belum ada satu pun yang boleh diangkat ke permukaan sebagai jati diri sebenar daerah ini. Sekadar dua buah bangunan sedco, tapak tamu, gerai-gerai runcit, bangunan pejabat daerah dan dewan masyarakat yang sudah usang, bangunan smk sook dan sk sook, itu seluruhnya belum dapat dikatakan sebagai hasil pembangunan yang didapat selama 20 tahun lebih. Jauh daripada itu, sook ketinggalan dengan daerah-daerah lain terutama dalam sektor pembangunan.
Inilah pesoalan yang patut kita ketengahkan dan perdengarkan kepada kerajaan BN. Sebuah parti besar yang memerintah negara dengan segala bentuk manifesto pembangunan dikumandangkan saban pilihan raya menjelang tiba. Lebih parah lagi dan sungguh menyakitkan hati apabila dibentangkan belanjawan 2007 dengan mengutamakan dasar kebajikan rakyat sebagai agenda yang digaris bawahi.
Sehingga kini, dasar-dasar pembangunan luar bandar yang dilaung-laungkan oleh kerajaan BN tidak ubah seperti pawana di pantai sepi. Sungguh indah rasanya ketika bergema namun ia hilang berlalu begitu saja tanpa kesan yang mampu diabadikan. Nyatanya, kerajaan BN selama ini sungguh memperbodoh-bodohkan rakyat sook dengan segala janji yang ditabur ketika pilihan raya. Sehingga masa berlalu dan berlalu dan berlalu, satu pun tidak ada yang kelihatan. Akibatnya, mereka yang menjadi penguasa di daerah ini terus haloba dan tamak dengan pangkat serta kedudukan mereka yang disalahgunakan.
Andai saja ada seorang pelancong asing datang ke daerah ini, lalu menanyakan hotel penginapan, maka pasti dia akan kecewa kerana di sini langsung tiada penginapan. Pelancong itu bakal kecewa sementara rakyat sook pula merasa malu kerana orang luar masih menilai daerah sook ini sebagai tempat yang belum sesuai untuk dikunjungi.
Apakah rintihan rakyat sook yang selama ini mengharapkan suatu perubahan total akan didengar oleh pemimpin BN? Ketika kempen pilihan raya, ya! Mereka dengar sambil mencatatnya satu-satu. Selepas mereka menang apa akan jadi? Mereka cuma mengadakan kenduri kesyukuran kemenangan lalu pergi tanpa catatan apa-apa. Demikianlah seterusnya, kerajaan BN terlalu arif dalam soal sandiwara. Maklumlah, barangkali di fikiran mereka, “Ah! Biarlah mereka itu..dorang tau apa…dorang itu orang kampung saja”. Tanpa disedari, sudah 20 tahun lebih BN menguasa di kawasan ini dan hasilnya cuma sekadar yang kita lihat sekarang ini. Kemunduran sook bererti kelemahan BN yang nyata.
“Anjing pun tidak sanggup lagi makan janji-janji YB sekarang” Sumber:
http://www.mysook.net/home/index.php?m=08&y=08&entry=entry080811-173944 "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan