Berakhir Era Mr Clean

Berita terkini yang boleh dikira sahih menyatakan, Istana Negara berkenan dengan upacara angkat sumpah Dato Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 6 pada pagi hari Jumaat 7 Rabi’ul Akhir 1430 bersamaan 3 April 2009.

Sebelum ini tersebar berita Pak Lah akan meletak jawatan pada 2 April untuk membolehkan Presiden baru UMNO itu mengambil alih tampuk pemerintahan. Dikhabarkan juga Najib akan mengangkat sumpah pada 4 April.

Selepas itu akan bermulalah satu pemerintahan kerajaan berwajah baru. Jika Tun Razak Perdana Menteri ke-2 terkenal kerana misi membasmi kemiskinan dan melindungi kumpulan bawahan, maka anakanda beliau, yang dianggap golongan ningrat, diharapkan akan meneruskan usaha baik ayahnya itu.


Pak Lah yang pada awalnya terkenal dengan jolokan Mr Clean memegang jawatan PM pada 31 Oktober 2003. Beliau telah diraikan kerana datuknya ialah adalah ulamak yang terkenal. beliau juga memperkenalkan Konsep Islam Hadhari. Sanjungan dan penghormatan semakin terhakis apabila beliau sering lambat membuat keputusan yang penting. Keadaan menjadi buruk apabila beliau dilihat sangat megutamakan kepentingan keluarganya berbanding rakyat seperti peristiwa banjir di Johor. Rakyat mengharapkan bantuan kerajaan kerana terputus bekalan makanan dan pada masa yang sama Pak Lah sedang sedap meratah lauk di Kedai makan saudaranya di Australia.

Imej Pak Lah yang sering tidur menjadi sindiran pihak lawan tatkala ramai menteri bercakaran sesama sendiri secara terbuka.

Dihujung pemerintahannya Pak Lah telah menunjukkan keazaman untuk memerangi rasuah dengan penubuhan SPRM dan membaiki imej sistem kehakiman negara. Ia hanya tinggal keazaman apabila rakyat melihat SPRM hanya menjalankan siasatan secara terpilih.

Imej UMNO terus merudum menjelang pemilihan agungnya apabila 900 laporan rasuah telah dibuat kepada Lembaga Disiplin UMNO. Ahli UMNO sendiri sangat marah apabila menantu beliau terbabit dengan politik rasuah dan menang pula dalam pemilihan UMNO.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.