Majoriti orang Melayu sudah lama menerima hakikat bahawa UMNO ialah petualang bangsa. Hanya golongan minoriti Melayu-UMNO yang masih diulit ilusi sebagai pembela bangsa. Melayu-UMNOlah yang merampas Tanah Simpanan Melayu (TSM).
Menurut laporan satu kajian, pada tahun 1957, keluasan TSM ialah 3 juta hektar. Pada tahun 1995 keluasannya menurun ke 1.7 juta hektar. Jika tiada langkah pencegahan dan peraturan dilanggari, TSM hanya tinggal 30% menjelang tahun 2020. Inikah yang dikatakan membela bangsa Melayu? Melayu-UMNOlah yang memperkosa milik warisan itu. Mereka tidak boleh dipercayai.
Orang Melayu sudah lama menerima hakikat bahawa Melayu-UMNOlah yang menggagalkan DEB melalui rasuah, salah guna kuasa, kronisme, ketirisan, kebocoran, dan sebagainya. Siapa yang menyatakan hal ini? Mahyuddin Yasin yang kini menjadi Timbalan Presiden UMNO.
UMNO menderhakai raja sejak dipimpin oleh presiden pertamanya. Dato' Onn telah dibuang negeri ke Singapura. Penderhakaan yang berjela-jela lagi tak payahlah disenaraikan di sini, kecualilah hal ini dijadikan isu dalam kempen PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Batang Ai nanti.
UMNO menganiayai anak Melayu melalui PPSMI. Setelah memenangi jawatan Naib Presiden UMNO, Hishammuddin mendakwa PPSMI bukan satu isu. Sudah hebat sangatkah anak Melayu di Hulu Kelantan, Hulu Terengganu, Hulu Tembeling, Dabong, dan pedalaman-pedalaman lain menguasai bahasa Inggeris? Sudahkah dibuat penyelidikan mengenainya? Beranikah Kementerian Pelajaran Malaysia menganjurkan pertandingan bahas dalam bahasa Inggeris untuk murid-murid pedalaman ini? Kalau betul-betul yakin, laksanakanlah. Hakikatnya, dapatan satu penyelidikan yang dilaksanakan oleh ilmuwan dari pelbagai universiti tempatan menunjukkan hanya 4% murid yang menguasainya dan minat mereka terhadap sains dan matematik semakin merudum. UMNO masih berlagak sombong dalam hal ini.
Kini, UMNO tidak dapat lagi dibersihkan daripada daki rasuah. Rasuah bertempek-tempek di serata tempat dalam UMNO. Mereka ada Ketua Menteri yang telah disahkan mengamalkan rasuah politik. Mereka ada Ketua Pemuda yang juga disahkan terlibat dalam rasuah politik. Ketua Pemuda inilah yang akan mengajar anak-anak muda Melayu yang menyertai UMNO tentang cara-cara memberi rasuah yang selamat, bukannya mengajak mereka mendekati Allah.
Orang Melayu tahu betapa jijiknya UMNO. Orang Melayu tahu betapa alergiknya UMNO terhadap hudud. Sebab itulah guru agama dan ulamak enggan mendekati UMNO. Tak perlulah bersungut sampai berbuih-buih mulut dalam perhimpunan agung perasuah tu tentang hal ini.
UMNO secara keseluruhannya bertempek dengan noda dan dosa. Orang Melayu yang cerdik telah melarikan diri daripada cengkaman UMNO. Yang tinggal dalam UMNO hanyalah orang Melayu yang tertutup mindanya. Jika tidak percaya senaraikanlah sepuluh langkah yang dicadangkan oleh pembahas dalam majlis itu tentang cadangan perubahan yang akan UMNO buat untuk memperkuat parti mereka. Mereka yang berucap hanya berilusi, merapu, dan mengutarakan lawak bodoh. Kemudian ramai-ramai ketawakan kebodohan sendiri.
Orang Iban di Sarawak tidak berubah nasib mereka. Yang berubah hanyalah para pemimpin politik. Ada BMW 7 Series, istana untuk anak di Kanada, dan kekayaan yang melimpah ruah. Mereka yang tinggal di pedalaman tidak pernah menikmati bekalan elektrik, bekalan air bersih, perkhidmatan kesihatan, jalan raya, dan sebagainya walaupun telah mencapai kemerdekaan melalui Malaysia sejak 1963!!!
Apa yang dilakukan oleh UMNO/BN untuk mengubah nasib mereka? Apa yang dilakukan oleh pemimpin Iban selama ini? Adakah orang Iban tidak berhak maju sama seperti rakyat di Semenanjung setelah memberi kemenangan besar kepada BN dalam PRU Ke-12?
Apakah tindakan BN merampas tanah-tanah orang Penan dan tanah adat di Sarawak satu demi satu untuk kepentingan pemodal antarabangsa seperti yang dilaporkan baru-baru ini tidak menganiayai rakyat Sarawak?
Orang Melayu. Orang Cina. Orang India. Orang Iban. Anda semua perlu berani berubah. Anda diberi peluang memilih pemimpin di Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Batang Ai. Berhentilah memilih UMNO/BN. Perubahan ini penting demi masa depan kita dan anak cucu kita. Pertahankan hak anda sebagai rakyat yang bebas dan merdeka.
UNDILAH PAS !!! UNDILAH PKR !!!
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan