Tak Sabar Menunggu Hujah

(Bulan Penuh 2012) - Saya melihat tindakan kejam Najib Glokal menggantung Harakah dan Suara Keadilan di saat-saat dirinya hampir berkuasa, tidak nampak dapat meredakan kemenyampahan rakyat terhadapnya.

Palitan dosa-dosa komisen kapal selam dan pembunuhan Altantuya pastinya masih menyelimuti dirinya dan Rosmah Mansor.

DYMM YDP Agong diharapkan rakyat untuk memainkan peranan agar teraju dan gedung negara tidak diuntukkan kepada seorang yang masih belum dibersihkan dari dakwaan membunuh.

Sedikit gembira apabila mendengar Harakah bakal berganti dengan hujah. Diharapkan ianya terus menghidupkan semangat perubahan yang didokong oleh Harakah sejak 22 tahun lalu.

Berita berikut dipetik dari Malaysiakini.

Hujah suara baru Harakah

Tidak mudah patah semangat dan menyerah kalah selepas permit Harakah digantung tiga bulan, kumpulan wartawan organ PAS itu kini berusaha menerbitkan akhbar Hujah bagi mengisi kekosongan itu.

"Cetakan terbaru itu memuatkan 48 halaman dan beberapa isinya kita akan ubah sedikit (daripada Harakah) mengikut kesesuaian," kata ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman ketika ditemui Malaysiakini hari ini.

Bagaimanapun, tambah beliau, ada ruangan-ruangan tertentu dikekalkan dengan sedikit perubahan tajuk dan sebagainya.

"Mesyuarat semalam memutuskan yang kita akan tetap meneruskan perjuangan dan kita akan beroperasi seperti biasa.

"Jumaat depan, Hujah akan berada di pasaran," tambahnya.

Ditanya sikap orang ramai terhadap penggantungan Harakah secara mengejut awal minggu ini, Ahmad Lutfi berkata, ada "desakan luar biasa" daripada orang ramai, khususnya peminat setia akhbar itu.

"Memang ada desakan pembaca yang meminta agar (PAS) adakan demonstrasi," katanya.

Bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, tambahnya lagi, kebebasan akhbar semakin merosot.

"Di bawah pemerintahan Dr Mahathir (Mohamad), memang ada sekatan (terhadap Harakah).

"Tapi, tak pernah digantung. Di bawah Najib, belum (berkuasa) apa-apa lagi, sudah ada masalah permit yang lebih dahsyat.

"Pada zaman Mahathir, saya pernah menang perbicaraan di Mahkamah Tinggi berhubung penerbitan (tabloid) Haraki," kata Ahmad Lutfi.

Sejak Harakah dibenarkan beroperasi pada 1987, inilah kali pertama akhbar itu dikenakan tindakan penggantungan oleh KDN.

Selepas pilihanraya umum Mac tahun lepas, kementerian itu mengizinkan PAS menerbitkan kembali akhbar itu sebanyak dua kali seminggu selepas dilarang sejak 2000.

Menyentuh isu gaji wartawan dan kakitangan Harakah, beliau berkata, ia dibayar seperti biasa.

"Mungkin akan ada perubahan dari segi (jumlah) elaun," katanya.

Pada 23 Mac, KDN menggantung permit dua akhbar pembangkang berpengaruh termasuk Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta.

Tindakan tersebut menghalang keberkesanan kempen PAS dan PKR bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak antara 29 Mac hingga 7 April ini.

*****

Berjumpa lagi selepas PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. - Anak Bulan


Anak Bulan

Blog @ http://bulanpenuh2012.blogspot.com/
Blogroll @ http://bulanpenuh2012-blogroll.blogspot.com/
Newsgroup @ http://groups.google.com.my/group/pastegar?hl=en
Capaian Berita @ http://www.congoo.com/anakbulan

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.