Laporan Buletin Utama TV3 akhbar Utusan Malaysia yang menipu

Laporan Buletin Utama TV3 semalam (1/4/2009) dan akhbar Utusan Malaysia hari ini (2/4/2009) mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh menolak permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, V Sivakumar untuk membatalkan saman terhadapnya oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas tidak menggambarkan keputusan sebenar Mahkamah Tinggi tersebut.

Utusan melaporkan seperti berikut:-
IPOH 1 April - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, V Sivakumar untuk membatalkan saman terhadapnya oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas.


Keputusan ini secara tidak langsung membolehkan ketiga-tiga Adun Bebas iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kapt (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi DUN berkenaan tidak kosong.


Laporan di atas khususnya perenggan yang menyatakan "keputusan ini secara tidak langsung membolehkan ketiga-tiga Adun Bebas iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kapt (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi DUN berkenaan tidak kosong" adalah amat mengelirukan dan boleh dianggap sebagai mala fide (berniat jahat) di atas alasan�alasan berikut:


1. Mahkamah Tinggi Ipoh hanya menolak permohonan Sivakumar bagi membatalkan saman pemula yang difailkan oleh ketiga-tiga Adun tersebut ke atas beliau.


2. Keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Sivakumar tidak bermakna mahkamah mengisytiharkan ketiga-tiga Adun Bebas itu kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi Dun berkenaan tidak kosong kerana isu tersebut belum didengar dan diputuskan oleh Mahkamah.


3. Apabila Hakim mendengar mana-mana permohonan untuk membatalkan saman (sama ada Writ Saman atau Saman Pemula - dalam kes ini ianya adalah Saman Pemula) yang mana permohonan tersebut dibuat di bawah Aturan 18 Kaedah 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 (juga dikenali sebagai permohonan "to strike out pleading"), hakim hanya memutuskan permohonan tersebut sahaja. Ini bermakna di dalam kes di Ipoh, hakim hanya memutuskan sama ada membenarkan permohonan Sivakumar atau menolak permohonan Sivakumar bagi membatalkan Saman Pemula ketiga-tiga Adun tersebut.


4. Di dalam kes ini Mahkamah memerintahkan permohonan Sivakumar bagi membatalkan Saman Pemula ketiga-tiga Adun tersebut ditolak. Itu sahaja perintah yang Mahkamah berikan. Tiada perintah lain diberikan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh.


5. Selepas Mahkamah memerintahkan permohonan Sivakumar bagi membatalkan Saman Pemula ketiga-tiga Adun tersebut ditolak, Mahkamah yang sama telah menetapkan untuk meneruskan pendengaran Saman Pemula yang difailkan oleh ketiga-tiga Adun Bebas tersebut dan tarikh pendengaran Saman Pemula telah ditetapkan pada 8 April 2009 ini.


6. Selagi Mahkamah belum mendengar dan memutuskan isu yang dibangkitkan di Saman Pemula yang difailkan oleh ketiga-tiga Adun tersebut, ketiga-tiga mereka belum boleh dikatakan sebagai wakil rakyat yang sah dan kerusi mereka juga tidak boleh dikatakan tidak kosong seperti mana yang dilaporkan oleh TV3 dan Utusan Malaysia.


7. Pasukan Peguam Sivakumar telah memutuskan untuk memfailkan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh tersebut dan terdapat kemungkinan besar keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh tersebut akan diketepikan oleh Mahkamah Rayuan kelak seperti mana Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Dato' Ridzuan yang melarang Sivakumar diwakili oleh peguam.


Saya harap penjelasan di atas dapat sedikit sebanyak membetulkan salah faham para pembaca di atas laporan putar belit TV3 dan Utusan Malaysia di atas.- tajdid/mks. _

- dari Harakahdaily


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.