UMNO... engkau memang pengkhianat Melayu dan Islam

Berikut adalah sedutan dari Harakah Bil 1426: 27-29 Mac 2009. Artikel ditulis oleh Basiron Abdul Wahab.


UMNO Pahang suatu ketika dulu memiliki tanah seluas 30,000 ekar dibeberapa daerah. Tanah-tanah itu dimajukan sebagai estet kelapa sawit dan sebagainya. Aset yang sebegitu besar bagaimanapun telah lesap dalam sekelip mata apabila dijual kepada syarikat milik bukan bumiputra.


Perkara ini didedahkan oleh Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Dato’ Tajuddin Sulaiman dalam suratnya kepada Presiden UMNO Dato’Seri Abdullah Badawi. Dato’ Tajuddin Sulaiman adalah bekas Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri.

Persoalan yg timbol adalah ”Adakah benar tanah itu berstatus Tanah Rizab Melayu?” Jika benar, pemimpin-pemimpin UMNO memang pengkhianat Orang Melayu!!! Tetapi mengapa orang Melayu masih buta dan tuli dari melihat dan mendengar kebenaran?

Dalam ruangan kolumnis, tulisan Ustaz Idris Ahmad, bertajuk Bukti UMNO khianati Tanah Melayu. Dalam artikel tersebut dituliskan fakta-fakta tentang ”rampasan” hak orang Melayu dimana Tanah Rizab Melayu digadai dan dikorbankan. Bila dikatakan mereka ini bangsat...mereka marah... tetapi sememangnya bangsat. Tetapi mengapa orang Melayu yang begitu taksub dengan UMNO masih buta dan tuli dari melihat dan mendengar kebenaran?

Begitu juga dengan ”Surat Dajjal dari Kapar” yang memaparkan sikap orang-orang UMNO yang menyerupai musuh-musuh Islam berusaha untuk menghancurkan Islam.

Jika begitulah keadaanya, kita mempunyai tanggung-jawab untuk mendedahkan kesemua pengkhianatan mereka ini terhadap Islam dan Bangsa Melayu itu sendiri. Atrikel-srtikel ini mesti disebarkan seluas-luasnya dalam segala bentuk yang mungkin termasuk leaflet, brosur, flyer, fotostat dan disebarkan kepada semua pengundi melayu ditiga-tiga pilihan raya kecil yang akan datang ini. Semuga ia menjadi titik tolak untuk menyedarkan orang Melayu yang masih ”mabok” atau ”khayal” dengan gurindam dan lagu yang dimainkan oleh UMNO.

Daulatkan Islam. Kuborkan UMNO. Takbir!"

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.