Ramai yang menanti kemunculan Tun Mahathir semasa pembukaan mesyuarat Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. Tunggu punya tunggu, tak nampak pun batang hidung Tun.
Apa agaknya yang memberatkan langkah kanan Tun Mahathir untuk bersama dengan sahabat-sahabat yang masih lagi mempercayai beliau dalam kepimpinan UMNO-BN. Apakah beliau masih terkilan dengan prestasi UMNO yang kekacauan dengan pelbagai isu yang membelenggu negara ketika ini.
Mulalah beberapa sahabat beliau beranggapan bahawa ketidakhadirannya berpunca dari kekalahan anaknya, Dato Mukhriz kepada perasuah tersohor UMNO iaitu Khairy Jamaludin!
Rupanya beliau malu akan kekalahan anaknya kepada orang yang sudah menjadi hero dalam amalan politik wang UMNO! Beliau tidak hadir kerana Pemuda UMNO mengHALALkan permainan politik kotor dalam UMNO iaitu RASUAH. Beliau amat kecewa kerana dalam masa yang gawat ini ditambah pula dengan pelbagai isu yang menghantui UMNO, masih ada orang yang percaya kepada PERASUAH TERSOHOR UMNO. Beliau terasa amat sedih kerana masih ada lagi orang UMNO yang buta dengan memilih ketua mereka seorang yang telah didapati bersalah menggunakan wang dan sogokan dalam usahanya untuk dipilih sebagai Ketua Pemuda. Samada dia dibenar bertanding atau tidak, tidak menidakkan dianya adalah perasuah.
Rasa kecewa beliau itu merujuk kepada tindakan Lembaga Disiplin UMNO baru-baru ini yang menghalang Dato Ali Rostam dari bertanding sedangkan Khairy Jamaludin boleh bertanding seperti biasa. Walhal, kesalahan yang dilakukan adalah sama iaitu rasuah.
Cuba kita renung, apabila dua orang membuat dosa, seorang membuat dosa kecil manakala sorang lagi membuat dosa besar. Adakah yang membuat dosa besar itu sahaja dikatakan sebagai pembuat dosa, manakala yang sorang lagi ‘dilepaskan’ kerana hanya dosa kecil dilakukan? Inilah yang cuba diterjemahkan oleh Pemuda UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO kali ini, tak lebih dari mengHALALkan politik wang dalam UMNO-BN! Terasa malu rasanya sebagai pemuda pengdokong bangsa, ada antara sahabat-sahabat seusia saya terpaksa melalui detik-detik sukar begini demi keutuhan sesebuah parti yang katanya memperjuangkan kepentingan Melayu sejagat. Janganlah kita dikatakan sebagai ‘MELAYU HAPRAK’ oleh bangsa lain, barulah kita nak bangun dari lena yang sepi! Tepuk dada, tanyalah IMAN anda!
Tun Mahathir juga melahirkan rasa terkilan kerana ini adalah sejarah baru dalam UMNO kerana tidak pernah terjadi orang yang dikenali dan diakui umum sebagai perasuah oleh Lembaga Disiplin, oleh parti dan oleh orang ramai dipilih dan dijunjung tinggi sebagai ketua. Ini juga merupakan World Record dalam dunia rasanya! Tetapi inilah yang dilakukan oleh Pemuda UMNO yang dahulu terkenal sebagai barisan hadapan dalam perjuangan UMNO, sekarang dikenali sebagai Barisan Rasuah UMNO!
Kemenangan Khairy baru-baru ini juga menimbulkan rasa hairan kerana untuk mengira hanya 790 undi mengambil masa lebih dari enam jam? Ini menjadi persoalan kepada sebilangan ahli UMNO yang menunggu penuh debaran bagai menunggu jatuhnya ketibaan Hari Raya Puasa! Apakah pengira undi tidak tahu kira? Atau apakah sesuatu sudah diusahakan untuk menjayakan agenda politik menantu kesayangan Perdana Menteri ini. Ini juga merupakan alasan yang menghakiskan lagi kepercayaan rakyat kepada UMNO.
-www.seepot.blogspot.com-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan