"Jika diteliti pada gaharu dan cendana satu bangsa yang namanya Melayu, maka banyaklah yang akan berbicara tentang hak dan ketuanan. Melayu itu umpamanya adalah tuan besar kepada bangsa-bangsa lain yang ada di Malaysia. Melayu dilaungkan sebagai satu bangsa yang bersatu dan kuat.
Namun begitu, kekuatan bangsa yang namanya Melayu itu nyata gah dilaungan cuma. Hakikatnya melayu itu, sejak dahulu lagi, adalah penumpang kepada bangsa pendatang sejak zaman kesultanan melayu Melaka lagi. Sungguhkah kesultanan MELAYU melaka? Bukankah Parameswara itu datangnya dari Palembang dan agamanya pula Hindu. "Melayu"nya Parameswara diragui kerana rata-rata penduduk yang jika benar asalnya dari Palembang (atau juga dikenali sebagai SriWijaya pada letika itu) kebanyakannya adalah beragama Buddha dan bukannya Hindu.
Agama Hindu pada ketika itu, kurang lebih sama juga dengan agama hindu pada hari ini dari segi taburan demografik penganutnya. Rata-ratanya datang dari India. Maka mungkin juga zaman kesultanan "Melayu" Melaka yang kita agung-agungkan selama ini sebenarnya adalah zaman kesultanan "India" Melaka. Melayu hanya menumpang nama.
Tertulis pula dalam catatan sejarah bahawa Parameswara ini adalah orang lari-larian. Parameswara adalah pelarian dari Palembang. Larinya Parameswara kerana sudah tidak ada tempat untuknya di SriWijaya. Maka bertambah buruklah krisis kesultanan Melayu kita. Sultan yang kita laung dan agungkan, rupanya darah pelarian. Lalu Melayu melopong lagi.
Sedih rasanya, bila Melayu ramai tidak tahu. Menyokong hanya kerana ikut-ikutan.
Laporan penuh, sila layari malaydilemma.com
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan