UMNO Parti Berkarat

Rakyat Malaysia yang cerdik kebingungan melihat telatah bebal ahli-ahli UMNO di perhimpunan agung perasuah yang telah pun tamat. Mereka hairan terhadap ketidakpekaan perwakilan yang berfikiran sempit terhadap ketuanan Melayu dan kontrak sosial.

Menurut pemahaman rakyat, kedua-dua konsep itu tidak tercatat dalam Perlembagaan Malaysia. Apabila kedua-duanya disebut secara berulang-ulang, tentulah ada penanda khas yang menyelinapi pengucapnya.

Pertama, mentalitinya sudah berkarat. Bercakap atas perkara yang tiada. Mengapa mereka berilusi? Sebabnya ialah ketiadaan idea, tetapi nak bercakap juga kerana diberi peluang. Inilah jenis manusia bahlul yang gemar membazirkan masa dan menunjuk-nunjuk.

Kedua, menyimpan hajat besar tetapi otak kosong. Golongan sebeginilah yang ramai dalam UMNO. Ilmuwan, agamawan, dan cendekiawan tidak kebulur masuk UMNO kerana kewujudan manusia sebeginilah. Apa sumbangan mereka terhadap perubahan yang dimomokkan dalam perhimpunan itu? Balik-balik sokong apa yang Pak Lah cakap. Selepas itu, bertelagah pendapat. Aku sokong. Dia bantah. Keputusan? Telur + taik.

Ketiga, tak sedar diri. Kita lihat isu ketuanan Melayu dan kontrak sosial. Sudah tahu kedua-duanya tiada dalam Perlembagaan Malaysia, buat apa cakap lagi? Yang ada dalam perlembagaan dan tak boleh diusik, buat apa riuh rendah? Ingat semua orang bodoh ke? Tak tau baca ke? Itulah sikap orang bongok.

Katanya ketuanan Melayu bukan hubungan tuan dengan hamba. Okey. Katanya lagi, ketuanan Melayu merujuk kepada negara ini asalnya kepunyaan orang Melayu. Dulu, bila British nak buat perjanjian, dia cari Raja Melayu, bukan Raja India, bukan Raja China, bukan Raja Benggali, dan sebagainya. Okey.

Apabila negara ini mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, warganegara Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada orang Melayu, Cina, India, dan lain-lain bangsa. Yang membezakan Melayu dengan Cina, India, dan lain-lain bangsa hanyalah hak keistimewaan, agama Islam, Raja Melayu, dan bahasa Melayu. Namun, Cina, India, dan lain-lain bangsa juga mempunyai hak masing-masing yang dijamin oleh perlembagaan. Sehubungan itu, selain Melayu; Cina, India, dan lain-lain bangsa pun berhak memiliki tanah.

Jadi, Persekutuan Tanah Melayu dimiliki oleh semua warganegaranya. Apabila Malaysia terbentuk, negara ini dimiliki oleh semua warganegaranya. Tanah yang menjadi asas negara ini bukan lagi miliki Melayu satu-satunya. Kita kena terima hakikat ini. Malaysia didiami oleh masyarakat majmuk. Hiduplah dalam kemajmukan itu dengan aman dan damai. Selagi isu ketuanan Melayu dan kontrak sosial dibangkitkan, selagi itulah integrasi nasional tergugat.

Sekiranya UMNO/BN masih terus hendak menjadikan kedua-dua isu itu sebagai tangkal untuk mengekalkan kuasa, lantak dialah. Walau bagaimanapun, jangan cerca orang lain yang tidak sehaluan dengannya. Harus diingat bahawa UMNO/BN tidak berhak menghalang rakyat Malaysia yang enggan berpegang kepada fahaman kolot itu. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum berhak hidup bersama dengan harmoni dan menyokong aliran yang menjamin kesejahteraan dan kebajikan untuk semua, bukannya penonjolan elitis dari kaum tertentu sahaja.

Semua pengundi di Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Batang Ai!!! Marilah kita merealisasikan hasrat itu bersama Pakatan Rakyat.
UNDILAH PAS !!! UNDILAH PKR !!! "

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.