"Pertarungan sudah bermula, AWAS! warga Bukit Gantang..
Bakal PM DS Najib telah mengumumkan nama calon partinya yang akan bertanding di PRK Bukit Gantang, katanya, anak tempatan lagi popular...tapi aku anak jati Bukit Gantang tak kenal dan tak pernah dengar akan jasa-jasa mamat ni (Ismail Saffian) kepada warga tempatan.
Kata DS Najib Lagi, "tiada lagi Project 'Mee Segera' di PRK Bukit Gantang". Maka secara rasminyalah, melepaslah macai-macai 'opportunists' membolot wang rakyat dari projek-projek mee segera. Kenyataan DS Najib ini juga membuktikan bahawa selama ini rakyat ditipu hidup hidup tentang pembangunan yang dibawa kerajaan BN. Tebuktilah bahawa pembangunan di kampung-kampung (termasuklah Bukit Gantang) hanya rancak jika ada Pilihanraya.
Kenyataan DS Najib itu juga mendedahkan bahawa selama ini pemimpin-pemimpin BN bercakap BOHONG kepada rakyat. Kenangkan kembali apa yang berlaku di Kuala Terengganu dan Permatang Pauh bagaimana UMNO dan BN menjaja projek-projek mee segera yang membelanjakan puluhan juta ringgit wang rakyat untuk meraih undi. Apabila ditanya rakyat, adakah projek-projek hanya untuk pilihanraya?, jawapan mereka (semua menteri-menteri BN), Oh tidak!! projek-projek pembangunan ini telah lama dirancang, pilihanraya hanya kebetulan. Kini nyatalah 'sudah terang lagi bersuluh' bahawa pemimpin yang rakyat beri amanah memerintah negara ini adalah PEMBOHONG, TIDAK AMANAH DAN MUNAFIK!. Mereka ini tidak layak lagi diberi undi oleh rakyat.
Kata DS Najib lagi;'Kita (BN) akan rampas kerusi Parlimen Bukit Gantang seperti mana kita MERAMPAS kerajaan negeri Perak dari tangan PR'. Wow! ganas sekali bunyinya...tapi hakikatnya, inilah kenyataan bakal PM yang paling tidak beretika, mirip kenyataan ketua lanun yang kerjanya merampas dan merompak. DS Najib seolah-olah mengajak rakyat membelakangi perlembagaan negara kerana merujuk kepada rampasan kuasa di Perak sebagai taktik merampas kerusi Parlimen Buikt Gantang dari PR.
Seantero dunia sudah tahu bahawa rampasan kuasa di Perak adalah Jahat dan tidak berpelembagaan. Kerana rampasan kuasa di Perak jugalah, sistem demokrasi yang menjadi pautan rakyat Malaysia runtuh, berkecai dan hancus berderai..Malahan bekas PM yang dihormati, Tun Dr. Mahathir juga mengakui bahawa BN melanggar perlembagaan ketika merampas Kuasa di Perak dari kerajaan PR.
Kepada orang kampungku di Bukit Gantang, berdasarkan dua fakta diatas, sanggup lagikah anda, anda dan anda semua dipimpin oleh PENIPU-PENIPU DAN mereka-mereka yang mengkhianati perlembagaan negara/negeri?. Relakah kamu, kamu dan kamu melihat anak cucu cicit kamu diajar menjadi penipu dan hidup dalam tamaddun rimba (tidak berpelembagaan)?. Bangunlah dari lamunan buktikan yang warga Bukit Gantang sudah pandai, sudah cerdik menilai yang baik dan yang buruk.
Ayoh! kasi tunjuk pada dunia bahawa warga Bukit Gantang sudah bertamadun dan menolak penipuan atau kejahatan. Kita warga Bukit Gantang akan melakar sejarah dunia untuk diingati bahawa kita adalah pelopor kepada perjuangan bagi memulihkan Demokrasi sebenar di Malaysia khususnya di Negeri Perak. Tukarkan Undi kita kepada Parti Rakyat untuk menumbangkan kerajaan tidak berpelembagaan itu..Kita tukar dari yang jahat kepada yang baik, kita tukar dari tidak bertamaddun kepada yang bertamaddun, kita tukar dari yang tidak beretika kepada yang beretika, kita tukar dari pemimpin yang jahil kepada pemimpin yang warak lagi alim.
Kejor yeop kejor!!!..kejorlah penipu penipu tu...buangkan mereka dari takhta kepimpinan negara.
Ku akhiri dengan pantun berikut:
Tiket penerbanagn sudah ku tempah
Dari Moscow ke Bukit Gantang
Demi maruah dan islah
Ku pulang jua menentang si temberang.
Bolshoe Spasiba (russian) @ Terima Kasih banyak2.
raw
Moscow.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan