Pelajar SPM Terbaik 2008

Tahniah buat heroin SPM 2008. Anda membuktikan tiada yang mustahil jika semuanya dibuat bersungguh-sungguh dan berserah pada YANG MAHA ESA. Selepas ini ramai orang akan berebut-rebut mencari publisiti murahan diatas kejayaan anda.

Jika selama ini tidak ada sesiapa yang sudi memberi jika diminta tetapi percayalah mulai hari ini anda akan dikunjungi pelbagai manusia dan menghadiahakan pelbagai benda .


Itulah lumrah alam. Pesanan saya disebalik itu semua anda jangan lupa bahawa kejayaan anda adalah diatas kegigihan dua insan yang bernama ayah dan ibu. Temubual anda diutusan tempohari membuatkan saya menitiskan airmata membaca kesusahan dan penderitaan dalam menghadapi hidup sebagai seorang pelajar.

Kepada cikgu Razali konok anda adalah seorang insan yang hebat. Jangan kita semua lupa atau buat-buat lupa kepada insan yang bergelar guru ini. Barangkali satu anugerah khusus boleh diadakan buat guru ini. Kepada exco pendidikan kelantan hargailah jasa guru anda ini. Tahniah sekali lagi dan tabik untuk semua warga Maahad Muhammadi Perempuan negeri Kelantan Darulnaim."

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.