UMNO Cuba Menjadi Hero Di Sebalik Kejayaan Nik Nor Madihah

"Cukup meluat apabila melihat gelagat dan telatah UMNO yang cuba menjadi hero disebalik kejayaan adik Nik Nor Madihah Nik Mohd Kamal. UMNO cuba menjadi hero tempelan di sebalik kejayaan pelajar Maahad Muhammadi tersebut. Niat tersirat mereka telah terbukti dengan siaran berita TV3 menyatakan pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan adalah pelajar dari SMKA Naim Lilbanat sedangkan beliau adalah daripada Maahad Muhammadi Lilbanat (Perempuan). Sebuah sekolah agama kerajaan negeri Kelantan. Kejayaan itu merupakan rekod kedua di alaf baru apabila pelajar sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan muncul sebagai pelajar terbaik SPM peringkat kebangsaan. Tiga tahun lalu, pelajar sekolah yang sama Siti Fatimah Mukhtar muncul sebagai pelajar cemerlang negara apabila mendapat 18A (17A1 dan 1A2).

Kenyataan Ketua UMNO kawasan berkenaan dan JKKK Persekutuan yang ingin beri bantuan rumah dan sebagainya diwar-warkan dalam siaran tv. Sedangkan bantuan awal telah diberi oleh kerajaan negeri Kelantan pimpinan Tuan Guru Dato' Nik Aziz bin Nik Mat dipinggirkan. Inilah wajah UMNO yang sebenarnya. Pelbagai tawaran mencurah selepas kejayaan adik Nik Nor Madihah, termasuklah sebuah agensi awam yang menawarkan pengajian A Level. Agak kurang wajar bila seorang pelajar Maahad Muhammadi yang dapat 20A di tawarkan A Level. Seorang yang beraliran agama ingin ditawarkan pengajian A Level (aliran sekular) betul-betul melucukan. Sewajarnyalah pelajar tersebut melanjutkan pengajian di Timur Tengah dalam aliran agama ataupun bahasa Arab. Semoga kejayaan sekolah agama Yayasan Islam Kelantan ini memberi isyarat bahawa pendidikan Islam adalah terbaik berbanding pendidikan berteraskan sekular. Sila baca di sini.

http://addin77.blogspot.com

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.