Bukit Gantang: Pengundi strategik

Demografi pemilih Dalam pilihan raya umum (PRU) 8 Mac 2008, terdapat 55,471 orang pengundi di parlimen Bukit Gantang. Selepas berlaku proses pendaftaran baru, pertukaran alamat dan pemutihan senarai pemilih mati, maka jumlah pemilih yang diwartakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia pada Februari 2009 lalu yang akan mengundi pada pilihan raya kecil (PrK) berjumlah 55,562 orang. Ini bermakna pertambahan bersih pengundi hanya seramai 91 orang.

Daripada 55,562 orang bakal mengundi itu, komposisinya adalah terdiri daripada 35,160 (63.28 %) Melayu, 15,101 (27.18 %) Cina dan 5,299 (9.54 %).

Daftar pemilih bagi PrK Bukit Gantang juga mengandungi seramai 18,959 (34.12 %) adalah mewakili kumpulan pengundi muda, iaitu melibatkan pertambahan 690 orang berbanding jumlah semasa PRU lalu. Pembahagian pengundi muda mengikut kaum pula mendapati 68.68 % Melayu, 23.91 % Cina dan 9.42 % India.

Sementara pembahagian pengundi muda mengikut jantina pula didapati, 9,808 (51.73 %) lelaki dan 9,151 (48.27 %) wanita. Dibandingkan dengan jumlah pengundi muda pada PRU, maka pada PrK ini pertambahan lebih besar (0.18 %) berlaku bagi pengundi muda wanita (366 orang) berbanding lelaki (324 orang).

Selain daripada itu, daftar pemilih yang disahkan oleh SPR untuk PrK ini turut mendapati seramai 11,286 (20.31 %) pengundi dalam kohot umur warga emas dan 25,189 (45.33 %) adalah dalam kohot umur dewasa. Bagi warga emas jumlahnya merosot sebanyak 527 orang berbanding dengan musim PRU lalu. Ini mungkin berlaku disebabkan kematian pengundi dalam kohot umur warga emas.

Kempen strategik Berdasarkan maklumat demografi pemilih bagi kawasan parlimen Bukit Gantang di atas, beberapa maklumat siginifiken yang perlu diambil tindakan bagi operasi PrK. Antara yang utama ialah memberi perhatian lebih kepada jumlah pengundi muda yang mewakili 34.12 % daripada keseluruhan kohot pengundi. Maka, kumpulan pengundi muda itu merupakan kohot pengundi strategik yang berada di medan kempen. Oleh itu, pengundi muda sama ada yang lelaki mahupun wanita merupakan kumpulan fokus pertama untuk mencipta kemenangan.

Demikian pula, kumpulan terbesar pengundi ialah pengundi dewasa yang berjumlah 25,189 orang. Jumlah ini pula, petanda yang ada menunjukkan kira-kira 60 % adalah kumpulan pengundi Melayu yang semestinya bertaraf signifiken dan penentu kepada kemenangan. Taraf ini perlu dimantapkan dengan tindakan kempen bersifat mengukuhkan sokongan pengundi teras.

Namun, latar belakang pengundi dewasa yang kebanyakannya berada dan aktif dalam kawasan pilihan raya akan memudahkan tindakan kempen. Tetapi ia perlu dilakukan secara berstrategik. Keadaan yang berbeza bagi pengundi muda yang sebahagian besar berada di luar kawasan kerana faktor pekerjaan. Maka tindakan kempen kepada pengundi muda perlu disokong oleh tahap penggunaan teknologi informasi untuk memastikan komitmen balik mengundi.

Walau apapun, demografi pengundi tetap menuntut perhatian lebih kepada kedudukan komposisi kaum yang agak besar jumlah pengundi bukan Melayu. Ini bermaksud tindakan kempen harus mengambil kira latar belakang geopolitik kumpulan pengundi tersebut. Pengaruh bandar yang agak sederhana berbanding luar bandar dan aktiviti ekonomi yang majoritinya bersifat tradisi (nelayan, pekebun dan buruh ladang serta peniaga). Oleh itu, darjah penaungan dan kebergantungan agak tinggi. Psikopolitik ini akan memberi kelebihan kepada tindakan kempen Barisan Nasional yang memiliki mekuatan melakukan manipulatif atas nama parti pemerintah.


Dalam konteks tersebut, maklumat demografi pengundi umumnya hanyalah sebagai panduan bagi membina strategi kempen yang mendatar. Tindakan kempen yang berstrategik atau bertindan-lapis tetap bergantung kepada isu-isu yang membina mood pengundi itu sendiri. Rasanya, atas nilai mood pengundi ia nampaknya akan berpihak kepada Pakatan Rakyat untuk meraih sokongan.

Boleh diakses juga di blog: http://greencresent-wanibrah.blogspot.com

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.