Isu PPSMI: Jelas Ketuanan Melayu UMNO Hanya Retorik Semata-Mata

Selama 52 tahun ini, kita telah dipermainkan dan diperbodohkan dengan slogan "Ketuanan Melayu" oleh puak-puak UMNO ini. UMNO sentiasa memainkan isu ini kerana ini adalah survival politik mereka. UMNO mewujudkan isu-isu ini supaya mereka dianggap pejuang di mata rakyat sedangkan mereka sebenarnya adalah perosak agama, bangsa dan negara. Ketuanan Melayu UMNO sebenarnya retorik semata-mata, perjuangan mereka hanyalah untuk temolok mereka dan kroni-kroni mereka sahaja dan tiada yang selebihnya.


Dalam isu PPSMI, kenapa UMNO beria-ria benar untuk mempertahankan dasar ini, tidak lain dan tidak bukan hanyalah kerana wang. Perjuangan UMNO hanya berkiblatkan wang. Dasar ini telah mewujudkan peluang kewangan yang besar, peruntukan jutaan ringgit telah di keluarkan untuk melaksanakan dasar ini. Dengan peruntukan pembelian komputer, buku, software serta yang berkaitan telah mengayakan kumpulan-kumpulan tertentu. Sedangkan perlaksanaan dasar ini sebenarnya telah membunuh masa depan bahasa dan anak bangsa kita sendiri. Sungguh dangkal alasannya untuk melaksanakan dasar ini dengan serta merta, hanya kerana seorang pegawai yang mengiringi PM (Mahathir) ke lawatan luar negara suatu ketika dahulu tidak pandai berbahasa Inggeris.


Kenapa tidak dikaji sedalam-dalamnya sebelum melaksanakan dasar ini?Kenapa tidak di kaji implikasi sekiranya dasar ini terus dilaksanakan? Adakah UMNO tidak mengatahuinya? Sebenarnya UMNO tahu semua ini tetapi kerana sikap ego yang tinggi, mereka tidak mahu mangakui kesilapan yang telah dilakukan. Mereka sanggup menggadai masa depan anak bangsa sendiri kerana ego mereka yang terlalu tinggi. Sekiranya UMNO berkata, bahasa Inggeris adalah untuk kemajuan sebenarnya mereka tersasar. Sejarah membuktikan bangsa Jepun, Korea dan Jerman adalah negara maju yang tidak mengagungkan bahasa asing. Mereka tidak meminggirkan bahasa ibunda mereka, malah pelajar asing perlu mempelajari bahasa mereka untuk melanjutkan pengajian di negara mereka. Kenapa tidak digunakan Dewan Bahasa dan Pustaka dan agensi berkaitan untuk menterjemahkan segala bahan ilmiah ke bahasa Melayu, supaya bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu.


UMNO tidak akan mempertabatkan bahasa ibunda walaupun dalam nama pertubuhan mereka sendiri. Ini kerana singkatan nama UMNO sendiri berasal dari perkataan bahasa penjajah iaitu "United Malay National Organisation" dalam bahasa Melayu nya"Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu". Dengan ini jelaslah ketuanan Melayu dalam UMNO adalah pembohongan semata-mata, perjuangan mereka wayang semata-mata. Salah satu teras perjuangan kebangsaan adalah mempertahankan bahasa, jika ini diabaikan perjuangan tersebut menjadi tidak relevan. Sedarlah wahai ahli-ahli UMNO kembalilah ke pangkal jalan yang lurus, kerana hanya kembalikan ketuanan Islam maka bangsa Melayu akan menjadi mulia. Sekiranya tidak bangsa Melayu akan menjadi sehina-hinanya.

http://addin77.blogspot.com/"

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.