PPSMI: Menjawab enamjahanam

1. Kalau anak hangpa tu pandai ( macam aku ), belajarlah dalam bahasa apa pun akan pasti pandai. Kalau yang malas, yang bengap, bagi bahasa Melayu pun dia terkandas jugak Pendeknya bukan sebab bahasa mereka terkandas, mereka terkandas sebab otak kurang cerdas ataupun sebab depa malas.

Inilah tak faham namanya, bukan semua anak2 orang tu pandai2 lahir2 je dah pandai, kalau dah semua pandai xyahlah buka sekolah rendah trus masuk je sekolah menengah...jimat bajet tuk guru2 dan macam2 lagi...




2. PPSMI sebenarnya baik untuk jangkamasa panjang. Baru enam tahun bermula, hangpa dah gabra. Apa nak gabra, takkanlah hilang BM kalau PPSMI dijalankan. Dalam jangka masa panjang, kita tak payah pakai buku translate lagi dah.

Macam tu ka? maka DBP tutuplah, Subjek Bahasa Melayu di sekolah2 dihapuskanlah, lebih baik semua subjek di sekolah guna BI termasuk belajar BM tu dlm BI baru maju beb! jadilah rakyat Mesia berbahasa Inggeris...jadilah mat saleh celup! Sapa kata tak hilang BM skrg dah nk hilanglah secara pelan-pelan, tak lama lagi gomen akan kuatkuasakan pula BI dalam urusan surat-menyurat dan bahasa pengantaraan di pejabat, kita tak tau kan tp boleh jadi suatu hari nanti, kalau tak cakap BI tak maju lak...

Hangpa kata pulak di Jepun depa maju jugak walaupun guna bahasa ibunda. Memanglah sebab orang jepun macam orang Inggeris lah jugak, depa rajin buat buku ilmiah sebaq otak depa bijak. Ini otak Melayu taraf pak dolah, nak tidoq ya kuat, nak buat buku macam mana? Yang kebanyakannya buat buku minah gersang, nikmat malam pertama, cara-cara berjimak, mana ada saintifik. Kalau buat buku ilmiah pun berapa aje yang laku sebab otak Melayu adalah otak blues....

Nampaknya kamu ni tak tahu ke tertinggal bas agaknya, dah beribu judul buku yg dihasilkan DEB dlm pelbagai cabang ilmu dihasilkan terpaksa distorkan dlm gudang kerana kerajaan tidak serius menggunakan ilmu dlm BM...rajin2lah cari fakta,,,jgn tembak aje nanti org kata kamu bo.doh lak...

3. Kemahiran BI perlu untuk cari pekerjaan. Cuba tengok graduan baru obersee ( macam aku lagi ) senang dapat kerja. Hangpa kata pulak itu rezeki yang Allah tentukan. Kena ingat kita kena usaha jugak, jangan tungghu rezeki datang menggolek. Lagi pun pengalaman aku dengan graduan dari UTM semasa kerja dengan Shell, agak sukar sekali.

Kamu ni dulu belajar PPSMI ke?

Terutama bila melibatkan manual pemasangan sesuatu peralatan yang kompleks, teraba-raba cari aku dan kengkawan untuk bagi tau. Kita jugak perlu ingat, translated materials tak sama dengan yang original. Tu yang payah. Kalau kita orang Jepun lain sebab manual pun dalam bahasa Jepun. Lainlah kalau Melayu dah bijak, boleh buat machines yang kompleks dan manual disediakan dalam BM. Tu baru ok...

Tak payah lah cerita pasal benda2 pemasangan lah apa ke, aku nak tanya hang apa ciptaan orang Mesia ni yg famous? buat enjin motorsikal pun xboleh buat apalagi nak buat peluru berpandu ke apa lagi macam Korea Utara yg buat tu...bagi gerun musuh. Kapal selam, pesawat pejuang pun beli gak dari Rusia dan Perancis iaitu negara2 yg menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri,,,fikirlah

4. Cuba hangpa pikir blik dari segi kos yang telah disumbangkan untuk menjayakan PPSMI. Banyak ooi, laptop, LCD projektor, teaching kits, modules, buku teks, macam-macam lagi. Kalau nak reverse semula ke BM, buku teks kena buat lain, teaching kits kena buat lain, modules kena buat lain. Macam-macam benda kena buat lain. Kan ke menghabiskan duit tu? Hangpa kata pulak puak UMNO perabis duit lagi banyak . Betuilah tu tapi perabis duit memang tak baik, samada untuk UMNO ataupun pembangkang ataupun sapa saja.

Siapa yg cari pasal nak buat PPSMI ini. Kerajaan UMNO lah klu bab nak menghabiskan duit rakyat dialah no. 1. Sanggup guna FRU menembak gas pemedih mata dll kepada penunjuk perasaan. Sapa yg untung? puak2 depa juga...tapi hasilnya hampeh..janji masukkk sebab tu Hisamudin mati2an pertahankan PPSMI sebab RM beb...dia pun ada kepentingan...

5. Kalau reverse balik ke BM , macam mana pulak dengan pelajar-pelajar yang dah pandai BI dalam sains dan math? Mereka dah biasa dan dah mahir dengan BI. Bukan lah payah sangat nak reverse balik ek BM, tetapi still it takes time. Jadi kenalah berfikir secara rasional tentang perkara ini. Bagi aku biarlah kita bagi peluang kepada kerajaan untuk teruskan sehingga pelajar-pelajar ini yang originalnya dari PPSMI menjejak kaki ke universiti. Tengok depa senang ke tak belajar jika dibandingkan dengan puak-puak yang belajar dalam BM dulu...

Come on lah, nak bagi pandai BI kena ajar dlm subjek kesusateraan BI lah...skrg semua subjek dh lingkup...Math, Sains dan BI tu sendiri...tak percaya tanya cikgu2 lah senang tengok markah semua merah-merah..
"

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.