Alahai PAK NAJIB...


Hai....dah lama rasanya aku tak tulis tentang perihal pemimpin UMNO ni yang lebih kuah dari sudu. Terutamanya nasib seterusnya yang bakal dihadapi oleh bakal PEMIMPIN nombor satu negara selepas bulan MAC ni. Siapa lagi kalau bukan Pak Najib yang akan memerintah negara selepas berkhirnya era pendudukan PAK LAH HADHARI di Malaysia ini. Menjelang beberapa hari sahaja lagi perhimpunan agung UMNO atau lebih tepat dikatakan sebagai PEMILIHAN UMNO, PAK NAJIB ternyata berada dalam kelemasan dengan isu yang menghimpit beliau yang dikatakan sebagai seorang saksi penting dalam kes ALTANTUYA.


Rasa macam takut je bila dikatakan bakal pemimpin nombor satu ni dikaitkan dengan pembunuhan seorang model dari Mongolia itu. Walaupun kita tidak tahu akan kebenarannya, namun sebagai rakyat Malaysia seharusnya berasa kekok apabila pemimpin yang bakal mengubah hala tuju Malaysia dikaitkan dengan kes yang amat berprofil tinggi ini. Dikatakan juga, PAK NAJIB sedang bertungkus lumus menghabiskan 'LAP' terkhir sebelum menanti ketibaan April 1 dengan halangan-halangan pelbagai isu yang sedang menjengah kancah politik UMNO dan BN. Sudah habis 'gear' digunakan untuk menangkis segala tohmahan yang dilemparkan terhadap kepimpinan bakal PM Malaysia ini.

Dan yang paling terbaru sekali, isu pendedahan wartawan Perancis isitu Arnaud Dubus dalam surat khabar Liberation telah sekali lagi memeningkan kepala otak PAK NAJIB sekarang ni. Mana tidaknya, pendedahan tersebut secara tidak sengaja membuka kotak misteri kes Altantuya dengan dikaitkan kembali VIP-VIP tertentu Negara dan menjadi perbualan hangat seterusnya oleh masyrakat Malaysia. Warung-warung kopi dan gerai-gerai tepi jalan dah kembali riuh-rendah dengan kembalinya isu sensasi yang membabitkan PAK NAJIB ni.

Sebelum ini, ahli-ahli UMNO bolehlah berkata yang tuduhan yang dilemparkan kepada PAK NAJIB itu adalah tidak berasas sama sekali selepas ianya dilaporkan oleh akhbar Malaysia(kecuali UTUSAN MELOYA & BERITA HAIRAN). Apa yang pasti sekarang ialah, akhbar luar negara juga telah berani menyatakan pendirian tentang isu PAK NAJIB ni termasuklah isu pembelian kapal selam dan Eurocopter yang dikatakan berkait rapat dengan isu ALTANTUYA.Kalau benar apa yang dilaporkan oleh akhbar itu, ianya bolehlah dianggap sebagai satu tamparan hebat terhadap kredibiliti bakal Perdana Menteri kita, apatah lagi berita ini luas tersebar di Eropah dan seluruh dunia amnya. Harus juga diambil kira bahawa pendedahan sebegini rupa terhadap seorang bakal PM pasti berdasarkan fakta dan bukti yg kuat kerana perkara tersebut bakal membawa komplikasi perundangan dan saman menyaman. Kalau difikirkan secara logik, takkanlah akhbar Perancis itu berani melaporkan berita yang membabitkan orang ternama seperti PAK NAJIB...kan kan kan???

Dan yang paling pasti, apa yang paling menyakitkan hati PAK NAJIB sekarang ialah tuduhan yang dilemparkan oleh Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo. Kelmarin, Ahli Parlimen itu mengherdik PAK NAJIB dengan kata-kata"Kamu pembunuh!" dalam sidang Dewan Rakyat. Malu besar la PAK NAJIB masa tu!!! Kata-kata itu merujuk kepada tuduhan yang dilemparkan kepada beliau tentang pembabitannya dengan kes ALTANTUYA...

UMNO PENGHAPUS TULISAN JAWI... DAN SEKARANG UMNO MAHU MENGHAPUSKAN KEDUDUKAN BAHASA MELAYU MELALUI PPSMI!!!
"

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.