Seminar Pendidikan Islam Malaysia Kontemporari Kebangsaan 2009

"Satu seminar pendidikan akan diadakan di Ma'ahad Tahfiz wal Tarbiyaah Darul Iman (MTT), Tok Jiring, Terengganu.

Seminar ini yang bertajuk "Seminar Pendidikan Islam Malaysia Kontemporari Kebangsaan 2009" akan diadakan pada 14 - 15 Mac 2009.

Bertemakan "Menangani Kelangsungan Pendidikan Ummah", seminar dua hari ini antara lain bertujuan menyedarkan masyarakat tentang pendidikan Islam Kontemporari di negara kita. Ia juga diharapkan dapat membantu merencana idea bagi pembangunan pendidikan Islam haraki di seluruh negara.

Selain itu, seminar ini juga ingin menjadikan pendidikan bersepadu / tahfizul Quran sebagai pendekatan alternatif dalam pendidikan.

Empat kertas kerja yang menyentuh isu-isu pendidikan akan dibentangkan oleh pembentang dari pelbagai latar-belakang sepanjang seminar ini. Harapan kami agar dengan seminar ini dapatlah menjadi pengorak langkah ke arah kepimpinan pendidikan di dalam masyarakat dan seterusnya dapat membawa masyarakat bersama-sama mendepani isu-isu pendidikan Islam semasa.

Sebarang pertanyaan boleh disalurkan kepada sekretariat penganjur seminar di e-mel sinardidik[at}yahoo.com.my atau hubungi setiausaha sekretariat di 017-4120225.


Disediakan oleh:

Jabatan ICT MTT

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.