PAS dalang perjuangan bahasa, UMNO dalang penguncup bahasa

Semalam Hishamuddin menyatakan bahawa himpunan membantah PPSMI di dalangi oleh parti pembangkang. Atas alasan itu, beliau tetap tidak akan melihat perhimpunan ini hanya perhimpunan politik walaupun ia turut dihadiri oleh tokoh-tokoh bahasa seperti A. Samad Said dan Dr Hasan Ahmad

Mengapa pembangkang khususnya ahli-ahli PAS yang rata-ratanya adalah orang melayu tidak boleh turut sama memperjuangkan Bahasa Ibundanya.


Jika Hishamudin mengatakan PAS menjadi dalang, memang betul PAS menjadi dalang kepada himpunan memperjuangkan bahasa.

Jika pembangkang dikatakan menjadi dalang kepada perjuangkan mengangkat martabat bahasa, maka saya boleh mengatakan bahawa UMNOlah yang menjadi dalang kepada penguncupan bahasa.

Dasar PPSMI yang diperkenalkan oleh UMNO sejak 6 tahun yang lalu hanya memberi masalah kepada pelajar-pelajar untuk menguasai Sains dan Matematik terutamanya anak-anak orang melayu. Peratus kelulusan semakin rendah di sekolah-sekolah terutamanya di luar bandar.

Dasar ini juga menyekat perkembangan bahasa di dalam kedua-dua bidang ilmu tersebut, selain menafikan perlembagaan yang meletakkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di dalam apa juga bidang ilmu

Bahasa perlu terus berkembang seiring dengan pengembangan sains dan teknologi, bukan hanya menjadi bahasa percakapan seharian. Mengapa kita meninggalkan bahasa dalam mengejar arus perkembangan sains dan teknologi.

Betulkah teori yang mengataka, jika tidak menguasai Bahasa Inggeris dalam bidang tersebut, sukar bagi anak-anak melayu belajar di pusat-pusat pengajian tinggi yang rata-rata buku adalah dalam bahasa Inggeris.

Mengapa masalah ini tidak pernah timbul pun sebelum ini? Cuba tanya profesor-profesor melayu, jurutera-jurutera melayu, doktor-doktor melayu, adakah mereka ini belajar sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris ketika dibangku sekolah dulu?

Masalah penguasaan buku-buku dalam Bahasa Inggeris di pusat Pengajian Tinggi adalah masalah penguasaan Bahasa Inggeris dan bukannya masalah Penguasaan Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris. Mengapa perlu diadakan dasar yang pelik-pelik dan menambahkan masalah sedangkan ada penyelesaian jalan penyelesaian yang mudah.

Jika pemimpin-pemimpin UMNO tidak memperdulikan suara pembangkang dalam isu bahasa ini, dengarlah rintihan para pejuang bahasa.

Jika UMNO terus beralasan dan terus bersikap telinga satu dan berlidah dua dalam isu ini, PAS akan terus bersama rakyat dan pejuang bahasa mempertahankan bahasa dan bangsa


http://dppwp.wordpress.com
"

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.