Bolehkah Tengku Razaleigh Dapatkan 35 Orang MP BN?

" Spekulasi bermain di minda rakyat apabila dicanangkan bahawa DS Najib kemungkinan gagal menjadi PM selepas 24 Mac ini. Tun Mahathir juga berandaian demikian. Pihak Pakatan Rakyat mencadangkan Pak Lah meneruskan tugasnya sebagai PM meskipun tidak lagi menjadi Presiden UMNO selepas tarikh tersebut. Kalaulah Negara ini boleh bercakap, agaknya Negara ini pun menyuarakan bantahan peralihan kuasa kepada manusia yang terpalit dengan pelbagai imej negatif mutakhir ini. Ada pula mencadangkan agar Najib membersihkan dahulu namanya sebelum bercita-cita untuk jadi PM. Beliau tidak boleh mendukung penafian lisan semata-mata sebagai modal mengabui mata rakyat.. Sepatutnya pihak mahkamahlah memberi peluang kepada Najib membela diri. Ini mahkamah tak panggil, tak kan DS Najib nak datang sendiri.

Imej kalau tidak dibersihkan akan kekal tercalar. Malanglah sesebuah Negara yang berpemimpinkan tokoh yang tercalar pada pandangan mata rakyat dan mata dunia. Justeru itu, apalah salahnya Tengku Razaleigh Hamzah menyelamatkan maruah bangsa dan Negara sekiranya Pak Lah tidak mampu lagi mengubah kata. Pakatan Rakyat sudah memiliki 80 ahli Parlimen yang sedia mengundi pemimpin yang lebih berintegriti. Tengku Razaleigh perlu usahakan 35 orang ahli Parlimen lagi dari kalangan BN untuk menjadikan jumlah majoriti mudah untuknya sebanyak 115. Biar lebih sedikit supaya tidak jadi seperti ‘lompatan Perak’.



Saat kian hampir. Kita tidak tahu sejauh mana Tengku Razaleigh mempunyai sokongan dalaman BN. Walaupun tiada pencalonan untuk beliau bagi kerusi Presiden UMNO kecuali dari bahagiannya, kita percaya akan ada sokongan senyap kepada beliau. Sokongan senyap itu tidak akan kekal senyap sekiranya beliau memberi jaminan dan mengesahkan bahawa sudah ada paling kurang 35 orang ahli Parlimen BN yang akan menyokongnya bersama-sama 80 orang MP Pakatan Rakyat. Persoalannya mampukah Tengu Razaleigh mendapatkan jumlah 35 MP BN itu? Beranikah MP BN mengutamakan maruah Negara dalam percaturan politik mereka?


Rakyat berharap agar ‘pemusnahan kuasa’ tidak berlaku selepas 24 Mac. Kita boleh berbeza pendapat dalam politik tetapi jangan sekali-kali gadaikan maruah sebuah Negara yang merdeka. Biarlah sesiapapun yang menjadi PM dari parti yang menang, asalkan tokoh itu nanti dihormati oleh rakyat dan masyarakat dunia kerana akhlak, integriti dan kredibilitinya.
"

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.