Saya menyokong penuh kenyataan YAB Dato’ Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Nik Aziz apabila beliau membuat pendiriannya tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan kerajaan campuran PAS dan Barisan Nasional (BN) yang sebelum ini Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta PAS mengemukakan butiran jelas mengenai cadangan menubuhkan kerajaan campuran antara BN dan Pakatan Rakyat di negara ini.
“Kami sudah cuba masuk dalam kerajaan campuran dulu tapi BN tidak hargai. Cubaan kami masuk dulu gagal, bukan gagal kerana kami, saya sudah perit (serik).
“Selagi saya tidak puas hati, saya rasa pahit untuk menerimanya (cadangan itu),” katanya.
Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS ditemui pemberita di rumah pelajar cemerlang, Nik Nur Madihah Nik Mohd Nor, 18, yang mendapat 20A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas di Kampung Parang Punting, dekat sini, hari ini.
Bagi saya kerajaan campuran antara BN dan PAS atau Pakatan Rakyat tidak harus dibincangkan sama sekali. Kepada pemimpin Pakatan Rakyat, Saudara Anwar Ibrahim khasnya, saya harap dapat ingatkan barisan pimpinan agar jangan buang masa dengan polemik seperti ini. Tumpuan mesti diberikan kepada memperkukuhkan persefahaman antara rakan dalam Pakatan Rakyat.
Kepada pemimpin PAS, harap ambil perbuatan durjana wakil Pasir Mas, Ibrahim Ali sebagai pengajaran. Ibrahim Ali adalah contoh terbaik sikap yang mendarah-daging pemimpin UMNO. Mereka adalah golongan yang tidak harus diberi perhatian apatah lagi bantuan. Mereka adalah lembaga ibarat ‘anjing yang tersepit’. Apabila kita bantu melepaskan sepitannya, dia akan menggigit kita semula. Memang mereka anjing.
Ingatlah dan percayalah, UMNO/BN hanya ingin berbincanag dengan lawan politiknya semasa mereka dalam keadaan tersepit. Mereka akan melemahkan dan menjahanamkan kita apabila kita terleka dengan umpan politik mereka.
Rakyat tidak akan memaafkan pemimpin Pakatan Rakyat jika kalian terleka dengan mainan politik kotor dan jijik yang digendangkan oleh UMNO/BN. Ingatlah wahai pemimpin Pakatan Rakyat, rakyat telah menolak UMNO/BN secara total. Matlamat dan usaha rakyat sekarang adalah memastikan UMNO/BN tumpas secara mutlak dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.
Sumber :
KERAJAAN RAKYAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan