Ustaz Jais Anwar meninggal dunia di London

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Hrkh) - Bekas Ketua Pemuda PAS tahun 1969 sehingga 1971, Ustaz Jais Anwar meninggal dunia jam di Hospital Universiti Euston, London 5.30 petang semalam.

Beliau juga merupakan tokoh kepimpinan PAS Selangor dan Wilayah Persekutuan serta menantu kepada bekas Yang Dipertua PAS Dato' Asri Muda.

Setiausaha Agung PAS Dato' Kamaruddin Jaffar ketika memberitahu Harakahdaily sebentar tadi turut merakamkan ucapan takziah kepada kaum keluarga di atas kembalinya insan yang tersayang ke rahmatullah dan merupakan kehilangan amat besar kepada PAS.

"Sumbangan dan jasa bakti beliau kepada PAS tidak akan dilupakan oleh rakan-rakan. Kita mendoakan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

"PAS berharap agar kaum keluaraga Allahyarham bersabar dengan ujiuan getir ini dan tabah meneruskan kehidupan mendatang tanpa Allahyarham di sisi," katanya yang kini berada di Parlimen.

Sementara itu sahabat seperjuangan beliau iaitu bekas Timbalan Presiden PAS Ustaz Hassan Shukri ketika dihubungi memberitahu bahawa Allahyarham merupakan aktivis dan pejuang parti sejak dari umur 15 tahun lagi dan sangat komited dengan gerak kerja memantapkan perjuangan PAS selama ini.

Katanya, beliau pernah memangku jawatan Ketua Pemuda PAS pada tahun 70 lantaran Allahyarham mahu melanjutkan pelajaran di London sungguhpun sebelum ini Jais merupakan lulusan daripada Universiti Al-Azhar Mesir.

"Beliau pernah bertanding dalam pilihan raya umum pada tahun 1969 dan menjadi Ketua Pemuda PAS sehinggalah saya memangkunya pada tahun 1970 kerana alasan beliau untuk melanjutkan pelajaran.

"Dan sejak itu, beliau menetap di London sehingga hari ini dan saya kenal dia dan tahu perjuangan beliau bersama PAS sehinggalah ke akhir hayatnya. Beliau tidak berganjak dan terus bersama kita. Justeru saya begitu menghormati dan menghargai jasa beliau yang begitu mendalam terhadap PAS," kata bekas Senator itu. - azm _

.O. PAS Sarawak mengucapkan Takziah kepada keluarga Ustaz Jais Anwar..Al-Fatihah

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.