Kes liwat - Mengapa Saiful tidak sabar?

Betapa pemuda yang bernama Saiful Bukhari kononnya yang begitu bersemangat dan tidak sabar untuk memulakan perbicaraan kes liwat ke atas beliau. Jika saya, Na`uzubillah, berada di tempat Saiful, sudah pasti saya juga berasa sedemikian. Masakan tidak, jiwa dan hati mana yang tenteram selagi hidup terkongkong, bagaikan kera sumbang tambahan pula wajah sendiri semakin lama semakin tebal untuk berhadapan dengan masyarakat dan teman-teman. Bukan Si Saiful sahaja yang tidak sabar, ramai rakyat di negara ini turut tidak sabar untuk melihat adegan dan babak seterusnya. Babak pertama telah bermula ketika laporan perubatan Hospital Pusrawi menjadi tatapan umum. Babak kedua, adegan sumpah laknat menjelang penamaan calon Pilihanraya Parlimen Permatang Pauh. Kedua-dua babak ini amat menarik tetapi melucukan.

Mungkin kisah ini menjadi lucu yang membodohkan penonton sekiranya ia sebuah filem. Tetapi, di dalam kes yang akan mula dibicarakan nanti ianya mungkin tidak melucukan bahkan mungkin boleh diterima pakai semasa perbicaraan. Di zaman dunia semakin hampir kiamat ini, tidak mustahil berbagai perkara boleh berlaku. Di Perak, Setiausaha DUN Perak lebih berkuasa dari Speaker DUN Perak. Mahkamah juga boleh membicarakan Speaker DUN. Persidangan DUN Perak boleh diadakan di bawah pokok kerana Dewan Persidangan DUN Perak dikepung oleh phak Polis. Oleh yang demikian, perlulah rakyat di negara kita bersedia mulai sekarang untuk menerima apa jua keputusan oleh mahkamah walaupun pelik dan ajaib. Menyedari hakikat ini, tidak hairanlah kita mengapa Saiful begitu bersungguh-sungguh untuk segera ke mahkamah.

Sememangnya kita menunggu perbicaraan kes tersebut dan kita amat mengalu-alukan jika Saiful diberi kebebasan penuh untuk bercakap di mahkamah. Anak muda ini pasti ingin membuktikan kepada masyarakat bahawa beliau sememangnya diliwat secara paksa tanpa daya upaya untuk melawan. Kita juga ingin menyaksikan bagaimanakah Saiful ingin memadankan keterangannya kepada pihak Polis dengan sumpah laknat yang telah dilafazkannya. Babak ini pasti menarik, dan tentu lebih menarik lagi jika ada pihak lain yang bakal disebutkan di mahkamah nanti.. Apa yang pasti dan jelas, walau apa pun keputusan ke atas kes ini, tidak mungkin boleh mengubah fikiran rakyat. DS Anwar telah terlalu banyak diuji dan kesemuanya beliau berjaya meyakinkan rakyat untuk bersamanya. Kini, ujian seterusnya bagi beliau dan ujian pertama bagi anak muda bernama Saiful ini. Apakah Saiful akan lulus di dalam ujian ini seterusnya mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya?

Melihat kepada air muka dan wajah kedua-duka mereka ini, rakyat sudah dapat menilai siapakah yang benar dan siapakah yang munafik. Berani kerana benar, takut kerana salah. DS Anwar sememangnya seorang hero yang berani berdepan di khalayak ramai hatta ke seluruh pelusuk dunia meskipun tuduhan ke atasnya merupakan tuduhan yang melibatkan moral. Pemuda Saiful belum ditentukan bersalah, tetapi beliau juga boleh dikatakan sebagai hero juga tetapi `Hero Di Belakang Tabir'.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.