Ibrahim Ali - Ahli politik sejati yang tiada nilai setiakawan

Datuk Paduka Ibrahim Ali merupakan tokoh politik yang cukup dikenali atas sifat kelantangannya. Artikel ini cuba mengupas siapakah sebenarnya beliau.

Datuk Paduka Ibrahim Ali merupakan ahli politik Malaysia berusia 57 tahun, berasal dari daerah Pasir Mas, Kelantan.


Sejarah pendidikan

Beliau merupakan pemimpin pelajar UiTM dan pernah beberapa kali menyertai demonstrasi pada tahun 1974 . Beliau pernah menemui tokoh Revolusi Iran, Ayatollah Ruhullah Khomeini di Tehran, Iran pada 1979

Sejarah politik

Beliau menyertai parti UMNO dan pernah memenangi parlimen Pasir Mas, Kelantan atas tiket Barisan Nasional - UMNO. Beliau pernah menjadi Exco Pemuda UMNO sekitar tahun 1987.Kemudian dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sewaktu Perdana Menteri , Tun Dr Mahathir Mohamad.

Apabila Tengku Razaleigh Hamzah menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 dan bergabung dengan PAS , beliau turut menyertai Tengku Razaleigh Hamzah. Angkatan Perpaduan Ummah hasil gabungan PAS dan Semangat 46 berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional di Kelantan pada tahun 1990.

Apabila Tengku Razaleigh menyertai semula UMNO dan membubarkan Semangat 46, beliau turut menyertai UMNO. Tetapi dipecat dari UMNO dan dilucutkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas pada 22 November 2003 dan keahliannya dalam UMNO digantung seumur hidup.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, Datuk Ibrahim Ali telah bertanding dalam kawasan Pasir Mas sebagai calon bebas. Tetapi beliau tewas. Dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir, beliau sekali lagi bertanding tetapi tewas kepada calon Barisan Nasional, Hanafi Mamat dan hilang wang pertaruhan. Beliau hanya mendapat 415 undi sahaja.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, beliau bertanding atas tiket PAS di kawasan Pasir Mas oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Walaupun begitu, beliau tetap menganggap dirinya tidak terikat pada mana-mana parti walaupun bertanding di atas tiket PAS

Isu Kontroversi

Bagi orang lain beliau dikenali sebagai orang yang suka lompat parti tetapi bagi beliau 'Saya hanya tukar parti, bukan tukar agama'.

Berdasarkan sejarah politik beliau, dapatlah kita katakan bahawa beliau sentiasa bertukar-tukar parti politik demi menyelamatkan karier politik beliau dan dipercayai bahawa beliau akan menyertai salah sebuah parti terbesar sama ada UMNO ataupun PAS, demi meneruskan kerjaya politiknya.Tetapi jika beliau menangguhkan hasratnya itu, nescaya karier politiknya akan berkubur pada pilihan raya umum yang akan datang.Kepada pimpinan PAS mungkin sudah serik untuk memberikan lagi ruang kepadanya, maka terpulanglah kepada UMNO untuk membantunya meneruskan karier politiknya.

Apa yang pasti beliau hanyalah seorang politikus sejati tetapi bukan seorang yang bersifat setiakawan. Bila-bila masa beliau akan menggigit rakannya apabila mendapat apa yang ia perlukan dan itulah yang terjadi pada PAS yang kini terasa bahang.

Semoga pemilihan calon pada masa akan datang akan dibuat melalui solat hajat dan solat istiqarah agar mendapat calon yang benar-benar bekhidmat kerana Allah untuk negara kita yang tercinta.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.