"Tanggal 7 March 2009 menyaksikan puluhan ribu ratusan ribu rakyat jelata yang mengharapkan masa depan yang cerah bagi anak anak mereka, turun ke jalanan bagi menzahirkan pandangan mereka mengenai PPSMI.
Malangnya, niat murni rakyat yang berperit jerih turun ke jalanan demi masa depan anak anak kita, telah dihadiahkan dengan berpuluh puluh bom asap pemedih mata. Tidak cukup dengan itu beratus pula telah dipukul dan ditahan oleh pihak yang sepatutnya membantu rakyat demi untuk menzahirkan pandangan mereka dengan selamat di negara demokrasi ini
. Yang pasti, begitu banyak air mata yang telah tumpah di atas keperitan ini, namun pasti lebih banyak lagi air mata yang bakal tumpah di kemudian hari sekiranya suatu hari nanti, kita melihat anak anak kita hancur masa depannya di atas dasar kerajaan yang belum sesuai untuk dilaksanakan pada masa ini.
Buat pemimpin pemimpin kerajaan, pegawai pegawai tinggi, ahli ahli perniagaan yang berjaya, dan para penyokong kerajaan, anda mungkin mendapati anak anak anda tidak mempunyai sebarang masalah dengan pelaksanaan PPSMI. Anda bertuah kerana dikurniakan anak anak yang berada di dalam kelas terbaik. Namun anda semua harus tahu, terdapat banyak lagi anak anak orang lain yang berada di kelas bawahan. Mana mungkin anak anak ini bisa menguasai Sains dan Matematik didalam bahasa Inggeris sedangkan bahasa tersebut amat sukar bagi mereka. Fikirkanlah bagaimana tahap bahasa Inggeris itu sendiri bagi sekolah sekolah di luar bandar, di kampong kampong, di tanah tanah rancangan felda serta anak anak orang asli. Anak anak inilah yang merangkumi majority murid murid negara ini. Anak anak kita inilah yang mendapat kesan negatif dari pelaksanaan PPSMI.
Buat bapak bapak polis dan FRU yang bersungguh sungguh membelasah para peserta perhimpunan 100K, ingatlah anda bahawa mereka-mereka yang anda aniaya itu sebenarnya memperjuangkan nasib anak anak anda. Anda sepatutnya berterima kasih kepada mereka. Saya yakin, ramai dari kalangan anak anak anda juga berada di kelas kelas bawahan.
Ingatlah, masa depan anak anak kita terletak di tangan kita sendiri. Membiarkan sesuatu dasar pendidikan yang membunuh potensi anak anak kita , samalah seperti menempah kehancuran masa depan anak anak kita.
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan