Pakej 60 bilion: Sedihnya Lihat Rumah Pelajar Terbaik Malaysia

"Sekalung tahniah kepada Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal dari Pengkalan Chepa kerana berjaya mendapat keputusan 19A1 dan 1 A2. Sekurang kurangnya kesempitan hidup dan payah jerih kedua orang tua kamu telah terubat. Moga moga kamu menjadi anak yang soleh. Hati rasa sangat tersentuh kerana melihat rumah yang hampir roboh, bukan milik sendiri tetapi di sewa.

Kejamnya sebuah kehidupan di malaysia.


Dua tiga hari lepas, aku ada terbaca kisah gaji seseorang di syarikat air yang yang mencecah hampir RM430,000(430ribu) sebulan. Bayaran konsesi tol pulak 500juta telah kerajaan bayar kerana ingkar menaikkan harga tol. Duit royalti minyak dibelanjakan sebanyak 7billion selama 4 tahun. Terbaru pakej ransangan ekonomi sebanyak 60 billion diumumkan oleh menteri kewangan. Tidak adakah sedikit terdetik di hati pemimpin pemimpin negara kita melihat dengan serius keperluan membina rumah untuk rakyat?

Kalau kerajaan membina rumah yang berharga RM40,000.00(40ribu) sebanyak 10ribu buah rumah baru hanya mencecah 400 juta. 100ribu buah rumah baru hanya mencecah 4 billon. Hanya empat billion diperlukan untuk membela 100 ribu rakyat yang tiada rumah. Tidakkah ini dengan sendirinya akan memberi nama dan budi kepada kerajaan?


Usahlah lagi berpura pura membina projek segera bila menjelang pilihanraya. Dari dulu sampai sekarang BN masih berperangai serupa. Bila ada pilihanraya je barulah ada projek membela rakyat. Seolah olah lebih baik pilihanraya kecil dilakukan satu demi satu, barulah kerajaan sanggup melihat keperitan hidup rakyat. Piiiiiraaaahh BN

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.