Kerajaan Perpaduan: Apakah hudud tergadai?

" Sehari dua ini hati rasa penuh persoalan bila baca artikel dan kenyataan ramai penulis politik tentang Kerajaan Perpaduan. Mula mula aku baca lamanweb mso ada cerita pasal pertemuan Paklah dan Anwar di pondok tarekat Nasyabandiah di nurul Iman.

Pastu laman web kudang kepang, Ruhani Ahmad siap gambarkan hati berdebar debar, kebas kaki tangan baca sms yang dia terima(artikel berikutnya dia gambarkan tentang kerajaan perpaduan). Ditambah pula sehari dua sebelum itu TG Hj Hadi yang mula mula menyebut Kerajaan Perpaduan.

Kemudian disambut dengan kenyataan Muhyidin Yasin menyokong tetapi PAS perlu nyatakan perincian. Ku li juga menawarkan diri untuk memimpin Kerajaan Perpaduan sambil berjanji nak mansuhkan AUKU.Diikuti pula kenyataan pemuda PAS di tv menyatakan sokongan kepada matlamat Kerajaan Perpaduan. Walaupun semua ini sekadar kenyataan politik
tetapi ianya memberi gambaran seolah olah telah ada perbincangan awal dan tertutup di kalangan pemimpin pemimpin politik. Sehinggakan bila saja isu Kerajaan Perpaduan ditimbulkan ulasan ulasan yang diberi nampak senada.

Adakah matlamat penubuhan Kerajaan Perpaduan ini bertujuan untuk menyelamatkan Malaysia yang sedang menghadapi krisis ekonomi global? Atau mungkin kerana orang melayu telah berpecah? Kenapa saat ini baru timbul tentang Kerajaan Perpaduan? Seandainya sebab ekonomi ataupun perpecahan melayu dan Kerajaan Perpaduan benar benar ditubuhkan, apa akan jadi dengan matlamat perjuangan PAS selama ini?

Tentu saja timbulnya isu ini kerana Malaysia nampak lemah sekarang. Lemah kerana UMNO yang lemah. Kalau UMNO masih kuat adakah UMNO akan menyambut dengan tangan terbuka tentang Kerajaan Perpaduan? Diandaikan pula bila Kerajaan Perpaduan telah berjalan dan UMNO kembali kuat, apakah tidak mungkin pihak pembangkang akan ditendang keluar.

Tulisan saya mungkin terlalu awal dan terlalu banyak andaian. Tetapi kebimbangan ini tidak mustahil berlaku bersandarkan kenyataan kenyataan pemimpin utama samada pembangkang mahupun kerajaan. Andai ini benar benar terlaksana maka banyak persoalan tentang hudud dan dasar perjuangan PAS akan jadi 'pending for a while'. Pada masa Kerajaan Perpaduan itu sedang berjalan kita juga tidak mampu lagi untuk menoleh kepada perjuangan kita yang lampau. Ini kerana seolah olah segala yang telah diucapkan dan berlaku di masa lampau akan menjadi sesuatu yang memalukan kita dan menikam kita sendiri. Seperti sembahyang dua imam, kafir mengkafir dan segala persoalan aqidah yang lain.

Apapun ini hanya andaian dan renungan awal. Entah jadi entahkan tidak. Sama samalah kita tunggu. Wallahu a'llam

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.