Jadi Tak DS Abdullah?????

" Di kalangan orang UMNO pun ada juga yang mengatakan DS Abdullah tidak akan melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada DS Najib dalam waktu yang terdekat seperti dipersetujui tahun lepas.

Ini didasarkan bahawa reputasi DS Abdullah akan terjejas teruk jika berundur sekarang.

Perkembangan politik akhir-akhir ini amat tidak molek untuk DS Abdullah berundur secara tergesa-gesa kerana senario politik sekarang telah berubah mendadak dan di luar jangkaan DS Abdullah semasa beliau bersetuju berundur dahulu.

Ramai ahli UMNO berpendapat, walaupun pelan peralihan kuasa telah ditetapkan selepas Perhimpunan Agung UMNO, tetapi perkembangan terakhir yang di luar jangkaan memaksa pelan tersebut ditangguhkan ke suatu masa yang tidak menentu.

DS Abdullah amat mengetahui apa yang berlaku di dalam UMNO. Kes poltik wang sudah mem’barah’ dan menanah di dalam UMNO. Beliau mahu tengok SPRM mem’bersih’ se’bersih-bersih’nya dalaman UMNO sebelum dan selepas Perhimpunan Agung UMNO. Sebagai seorang ahli politik yang memegang tampuk tertinggi, sudah tentu beliau mahu berundur sebagai seorang negarawan.Selagi 'kaca-kaca' yang terburai di bawah tidak dikutip oleh penggantinya, maka penyerahan kuasa mungkin tergantung tidak bertali.

i. Semua orang tahu punca kemelut politik di negeri Perak bukan perancangan DS Abdullah. Ia dirancang oleh ‘orang’ lain. Pada mulanya peristiwa ‘merampas’ kuasa itu nampak seperti berakhir dengan tenang, setelah setiap ruang dan lubang ditutup rapat sehingga nampak semacam kebal untuk ditembusinya oleh Pakatan Rakyat.

Tetapi Pakatan Rakyat tidak mudah mengalah, dengan menggunakan segala ‘avenue’ yang ada demi memegang amanah rakyat. Rakyat Perak telah memilih PR untuk mentadbir Perak. Kenapa UMNO tidak meraikan demokrasi yang UMNO warisi daripada British?

ii. SPRM diwujudkan di atas hasil usaha DS Abdullah sebelum beliau berundur. DS Abdullah amat mengetahui apa yang berlaku di dalam UMNO. Kes poltik wang sudah mem’barah’ dan menanah di dalam UMNO. Beliau mahu tengok SPRM mem’bersih’ se’bersih-bersih’nya dalaman UMNO sebelum dan selepas Perhimpunan Agung UMNO. Beliau hendak menunjukkan kepada rakyat bahawa UMNO sudah bersih dan dengan harapan dapat menarik balik keyakinan rakyat kepada UMNO.

iii. Dalam adat melayu semasa merisik dibawa cincin belah rotan. Semasa bertunang, cincin pertunangan diikat. Semasa akad nikah, selain mas kahwin yang wajib, wang ‘hangus’ diiringi sama sebagai menguatkan lagi ikatan perkahwinan. Sehubungan dengan itu DS Abdulah juga mahu meraikan kemeriahan perebutan jawatan tertinggi nanti, seboleh-bolehnya beliau mahukan menantunya, Khairy menyambung namanya di dalam UMNO agar UMNO akan mengenangnya walaupun dia akan berundur nanti. Khairy perlu dinobat sebagai Ketua Pemuda UMNO.

iv. Sudah pasti orang-orang DS Abdullah yang masih ada merasa goyah sepeninggalan 'boss'nya nanti, jadi adalah sedikit tarik-tali berlaku. Jika mendapat jaminan dari DS Najib dalam hal ini, tarikh penyerahan kuasa mungkin dipercepatkan.

v. PPSMI juga memeningkan kepala DS Abdullah. Projek PPSMI ini adalah projek Tun Mahathir. DS Abdullah tidak menjangkakan ia meledak seperti mini tsunami. Jika ia tidak ditangani segera namanya turut terjejas malah tidak mustahil ia akan meladak menjadi tsunami kubra di Bukit Gantang, Selambau, bahkan di PRU13 nanti.

Saya menjangkakan DS Abdullah tidak semudah itu menyerahkan jawatan PM’nya di dalam waktu terdekat sehingga ‘kaca-kaca’ yang terburai di lantai tadi dapat dikutip oleh DS Najib."

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.