Anak bini orang PAS tak pakai tudung pun...

26. Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat. - An Nuur


Teringat aku ketika kecil aku ketawa bila melihat kakak aku yang ketika itu mungkin di dalam sekolah menengah memakai tudung. Pada ketika itu kalau ada perempuan memakai tudung kami panggil “Dakwah”. Itu ketika tahun 70an zaman Hail Amir dan Uji Rashid. Masuk tahun 80an ketika di sekolah rendah guru yang memakai tudung hanyalah ustazah, itu pun tudungnya macam tudung yang di pakai lanun.

Ketika hujung tahun 80an ketika aku di sekolah menengah tudung masih belum menjadi pakaian yang wajib di pakai oleh pelajar ketika itu. Kalau dalam kelas aku masih aku ingat lagi yang memakai tudung seorang anak mami.. Seorang sajalah dia beritiqamah memakai tudung di kalangan pelajar lain yang tidak memakai tudung.



Itu kisah 20 tahun yang lalu, kini kebanyakannya sudah bertudung walaupun pungkoq dan buah dada berketul-ketul. Wanita UMNO pun dah bertudung. Dulu isteri tok guru hanyalah beselendang macam Dato’ Sharizat Jalil saja. Ketua kaum ibu UMNO yang berjiwa rakyat seperti Khatijah Sidek ketika menjadi calon wanita pertama PAS dalam pilihanraya pun tidak bertudung ketika itu. Tapi kini Bini - bini MB UMNO pun kebanyakan bertudung. Yang tak bertudung hanyalah bini Sultan Azlan dan menantunya yang kononnya kata orang PAS suaminya Raja Nazrin cintakan ulama. Betul ke??



Ketika anak perempuan aku berusia 2 tahun aku telah mengajarnya memakai tudung. Ketika itu orang kampong rasa pelik dan kata mereka jangan jadi extreme sangat dengan agama sehinggakan anak2 yang tak berdosa menjadi mangsa. Allhamdulillah anak aku kini berusia 11 tahun kekal bertudung walaupun bersekolah cina. Bila hanya dia seorang yang bertudung di sekolah yang tidak bertudung mudahlah aku mencarinya bila di sekolah. Ketika anak aku bersama JERIT sewaktu kempen berbasikal tidak menjadi masalah untuknya bergaul dengan kebanyakan peserta yang bukan beragama Islam. Boleh saja dia menunaikan solat walau pun tidur sebilik bersama dengan peserta bukan Islam.



Aku pernah berjumpa dengan isteri ustaz yang tidak betudung. Apatah lagi dengan anak bini bukan ustaz. Yang peliknya orang yang bercakap soal Islam tetapi isteri sendiri pun tak mampu untuk dididik. Pantang orang itu bukan dari partinya, siap la dengan hukum hakam yang di keluarkannya. Di tudunhnya orang itu jahil agama. Kafir dan ahli neraka. Bercakap seolah-olah dirinya telah sempurna segalanya sedangkan anak isterinya kalau memakai tudung pun waktu pergi kenduri dan pergi sekolah sahaja.



Ini adalah hakikat yang berlaku disekeliling kita. Berapa banyak individu yang mengaku pejuang Islam tapi anak isteri macam puteri UMNO malah lebih daripada itu lagi. Alasan mereka cukup mudah, “sedangkan isteri dan anak Nabi Noh AS pun tak boleh ikut Baginda inikan pula kita manusia biasa” Hahh senang pulak kalau terkena dirinya untuk memberi dalil dan alasan tetapi bila kelemahan orang lain terus di aibnya tanpa ada perasaan belas. Inilah golongan yang merasa hanya mereka sajalah yang menjadi pilihan Allah walaupun mereka sendiri tidak pernah lepas dari berbuat dosa.



Walau apa pun aku bersyukur kerana anak2 aku walau pun bercampur dengan rakan2 yang bukan Islam tetapi terus Istiqamah di dalam tuntutan menutup aurat. Walau pun anak aku bersekolah cina tetapi lebih baik dari bersekolah agama tetapi agamanya hanyalah di sekolah, bila melangkah masuk kampong hilanglah agamanya. Seluar pendek dan jadi pakaian rasmi di rumah. Membuka aurat perkara biasa bagi ibu bapanya yang kononnya pejuang Islam. Kelirunya aku bila yang sentiasa beristiqamah menjalankan kewajiban di katakan ahli neraka kerana menyokong parti selain dari parti mereka tetapi mereka yang tak sembahyang, buruk sangka, aurat anak isteri malah diri sendiri tidak terjaga di katakan pilihan Allah untuk menjadi pejuang dan telah di janjikan syurga kepada mereka. Entahlah , mungkin Nasarudin Tantawi boleh tolong jawabkan.



Sosialis Hijau



Lawati Blog Sosialis Hijau di http://greensocialis.blogspot.com


Respon ke sosialishijau@gmail.com

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.