Baru-baru ini suatu scenario baru dalam politik tanahair telah diolah oleh seorang ahli perniagaan, Anas Zubedy. Anas telah mengiklankan di akhbar perdana rayuan kepada pemimpin politik negara agar menghentikan segara persengkataan dan perubutan kuasa dalam situasi negara sudah mula merasakan bahang kemelesetan ekonomi dunia.
Dikatakan iklan Anas Zubedy itu mendapat sokongan dari semua lapisan masyarakat yang kononnya sudah naik muak dengan perubatan kuasa antara Pak Lah dan Najib dan antara UMNO-BN dan PR yang akibatnya mempunyai kesan buruk terhadap ekonomi negara yang telah diketepikan dan diabaikan oleh pemimpin-pemimpin politik.
Malah sudah kedengaran desakan sesetengah rakyat agar Pak Lah teruskan sebagai Perdana Menteri, bukan saja kerana perlunya "continuity" dengan ancaman terhadap ekonomi negara, tetapi kerana Najib juga berbelumang dalam taik pembunuhan Altantuya dan bermacam penyelewengan serta tuduhan rasuah dalam pembelian alat kelengkapan untuk tentera ketika menjadi Menteri Pertahanan.
Kemungkinan besar peralihan kuasa dari Pak Lah kepada Najib tidak akan berlaku.
Saya berpendapat kita jangan hiraukan iklan Anas itu yang mungkin ditaja oleh orang Pak Lah atau pun oleh UMNO-BN yang hampir nak mampos itu.
PR mesti terus menekan hingga UMNO-BN mampos.
Tarabulsi
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan