Pemuda UMNO Melampau Kali Ini!

Kebelakangan ini, berlaku satu kejadian dimana sekumpulan orang telah mengepung seorang MP, dan hampir berlaku kekecohan apabila sekumpulan lain yang datang untuk "menyelamatkan" MP tersebut.

ya, berita ini bukan berlaku dimana-mana negara lain tetapi ia berlaku di sebuah negara yang mendakwa dirinya Negara Islam yang termaju di dunia. ya, negara ini adalah negara Malaysia.


Masih dalam ingatan ketika berajar di tingkatan 6, guru Pengajian Am kami telah mendidik kami bahawa Parlimen merupakan satu tempat yang perlu dihormati kerana kesemua undang-undang negara diubal disitu,
namum, berita ini (Pemuda UMNO yang mengepung Kapal Singh kerana tindakan Karpal menggunakan perkataan 'celaka' yang ditujukan kepada Pemuda Umno semasa perbahasan di Dewan Rakyat) telah menukar pandangan saya terhadap Parlimen Malaysia,
sejak bila Parlimen kita telah menjadi setara dengan Parlimen Taiwan dan Jepun yeng terkenal dengan ahli-ahli MP mereka sering kali belasah semasa sendiri?

Bagi saya, saya tidak boleh terima kenyataan Kapal yang dilontarkan kepada Pemuda tanpa sebarang bukti bahawa 2 peluru tersebut dihantar oleh Pemuda UMNO kepedanya kerana beliau dilindungi di bawah Akta Parlimen dimana beliau tidak perlu bertanggungjawab dengan kata-kata beliau ketika dalam perbahasan,
namum apa yang langsung saya tidak boleh menerima ialah tindakan Pemuda UMNO yang mengepong seseorang itu supaya matlamatnya politiknya tercapai.

Saya tidak boleh terima berlandaskan kepada beberapa sebab yang berikut:

1) Hak kebebasan bergerak telah dilindungi dibawah Perlembagaan. Ya, semua rakyat Malaysia adalah bebas bergerak ke mana saja dalam Malaysia. Tetapi tindakan Pemuda UMNO ini nampaknya bercanggah dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia! Adakah mereka berhak untuk menghalang Kapal daripada bergerak? Tidakkah mereka faham bahawa Kapal juga merupakan Rakyat Malaysia maka beliau ada hak untuk bebas bergerak ke mana saja dalam negara? Sudah pasti mereka tidak faham, contohnya seperti apa yang berlaku di Perak, BN menggunakan apa cara saja untuk mengambir alih Perak walaupun cara tersebut dianggap bercanggah dengan Perlembagaan, namum mereka juga meneruskan usaha mereka, ini yang saya dapat lihat!

2) Wakil Rakyat adalah tidak boleh dihalang daripada menghadiri sidang Parlimen. Wakil rakyat adalah dipilih oleh rakyat, maka tugas utama mereka adalah menyuarakan hasrat rakyat di Parlimen, dengan itu mereka adalah tidak boleh dihalang supaya menghadiri sidang Parlimen, jika tidak, ia akan disifatkan sebagai tidak hormat kepada parlimen. Itu yang tercatat dalam Perlembagaan tetapi lihat apa yang telah dilakukan olep Pemuda ini? lihat apa yang berlaku di Perak? Haha... apa gunanya Perlembagaan jika wakil rakyat boleh dihalang untuk menghadiri sidang tergempar Perak?

3) Jangan tindak ikut sesuka hati anda kerana Malaysia adalah negara berundang-undang. Adakah anda mengepong seseorang sekirannya anda tidak boleh terima kata-katanya? sekiranya semua ini diselesaikan dalam perhimpunan aman supaya memaksa Kapal daripada menarik balik katanya, bukankah cara ini lebih berkesan? Sering kali kita dengar MP Pembangkang yang dikacau dengan kata-kata yang tidak sopan seperti Fong Poh Kuan (isu mengalir tiap-tiap bulan) dan sebagainya, tetapi adakah 82 ahli pembangkang datang mengepong? jawapannya tidak, kerana mereka tahu ini bukan cara yang bertamadun, kerana kita semua sudah berpelajaran, selesaikanlah dengan cara yang bertamadun.

Ya, mungkin semua ini berlaku disebabkan pertandingan UMNO sudah dekat,
mereka ingin menjadi "terkenal",

Pemuda begitu, Ketua Pemuda juga begitu,
beliau berpendapat konco-konconya tidak perlu minta maaf atas peristiwa tersebut,
beliau tidak berani untuk menyeru mereka untuk minta maaf, kerana pilihan parti dah dekat,
mungkin budaya minta maaf masih baru di Malaysia,
mungkin minta maaf disifatkan kalah dan malu dalam arena politik Malaysia.

Sekiranya Ketua Pemuda UMNO minta maaf atas kejadian tersebut lalu meminta Kapal melakukan yang sama,
pada pendapat saya, rakyat akan lihat dan akan menghakimnya siapa yang salah dan siapa yang betul,
tidak perlu main kepong-mengepong ni.

Saya juga tidak faham kenapa sesetengah pihak media tempatan menggunakan gambar dimana Gobind Singh naik geram,
apakah motifnya?


Editor's Blog : http://gomalaysian.blogspot.com/

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.