Penjelasan ADUN Canning tentang gaji di Perak: UMNO atau Pakatan?

"Pakatan Rakyat mengaku kerajaan di Perak. UMNO pun mengaku kerajaan di Perak. Jadi, gaji siapa yang nak dibayar? Siapa yang selama ini layak menerima gaji dan sebagainya? Adakah wang rakyat digunakan untuk bayar dua-dua? Sila baca sendiri penjelasan ADUN Canning


"dipetik dari : http://wongkahwoh.blogspot.com/2009/02/jawatankuasa-kira-kira-wang-negeri.html

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Perak (Public Account Committee- PAC) telah mengadakan mesyuarat kami pada 27.02.2009 pukul 4.30 petang di Bilik Mesyuarat Kewangan Negeri, Bangunan Kerajaan Negeri Perak.



Negeri Perak kini sedang mengalami satu krisis politik yang serious, yang mana telah menyebabkan banyak isu menjadi tidak tentu. Secara spesifiknya, Barisan Nasional telah mengisytiharkan mereka sebagai Kerajaan Negeri Perak yang baru dengan YB Zambry sebagai Menteri Besar manakala pihak Pakatan Rakyat pula berpegang kepada pendirian bahawa mereka masih Kerajaan yang sah atas sebab-sebab tertentu khasnya berlandaskan Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

PAC tidak akan mempersoalkan siapa yang betul dan siapa yang salah dalam perkara ini. Sebagai satu Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Perintah 70 Perintah-Perintah Tetap DUN Perak, PAC mempunyai tanggungjawab untuk memastikan semua wang yang diperuntukkan dan dibayar dalam suatu keadaan dan suasana berkrisis ini adalah berpatutan dan berlandaskan undang-undang dan prosidur.

Jawatankuasa kami telah berpendapat dua perkara penting harus ditangani.

(a) Pelantikan Penasihat-Penasihat kepada YB Zambry dan Ketua Penerangan Negeri

Pertama, PAC akan mempersoalkan pelantikan 3 orang “penasihat“ iaitu En. Chang Ko Youn, En. Veerasingham, YB Najmuddin kepada YB Zambry dan Ketua Penerangan Negeri YB Hamdi dari beberapa sudut.

Dalam konteks ini, PAC telah mengambil pengetahuan bahawa ketiga-tiga “penasihat” telah dilaporkan mempunyai status EXCO seperti yang diumumkan. PAC berpendapat bahawa ia adalah sesuatu yang amat luar biasa kerana ia sememangnya akan melibatkan wang Rakyat yang besar dan suatu penyoalan dan penyiasatan harus dijalankan untuk menjawab soalan-soalan berikut:-

(i) Apakah dasar undang-undang berkenaan dengan pelantikan tersebut;
(ii) Apakah rasional dan tujuan pelantikan?
(iii) Apakah emolument yang dibayar termasuk gaji, elaun, kemudahan dan lain-lain
(iv) Apakah manfaat dan samaada perlunya pelantikan tersebut.

Kedudukan dua orang bukan ADUN dilantik untuk menerajui jawatan “penasihat” dan kelayakan kedua-dua ADUN sebagai Ahli Pentadbiran Negeri amatlah diragui.


(b) Kedudukan YB Mohd Nizar sebagai MB dan EXCO Pakatan Rakyatnya dan YB Zambry sebagai MB dan EXCO Barisan Nasional

Negeri Perak sekarang menghadapi krisis politik dan dalam proses ini, adakah wang Rakyat akan dibazirkan oleh pentadbir-pentadbir politik dan/atau kakitangan Kerajaan.

Dalam keadaan sedemikian, PAC amat mengambil berat tentang barisan EXCO mana yang harus dibayar gaji dan elaun dan diberikan segala kemudahan-kemudahan yang diperuntukan dalam undang-undang.

PAC telah membuat keputusan untuk memanggil YB Nizar dan Barisan EXCOnya dan YB Zambry dan Barisan EXCOnya, YB Penasihat Undang-Undang negeri dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri, jika diperlukan, untuk memberikan keterangan dan penjelasannya.

Dalam masa krisis ini, PAC mempunyai tanggungjawab dan perlu memainkan suatu peranan dalam melindungi hak Rakyat.

-oleh Wong Kah Woh

-----------------------------------------------------

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.