Assalaamualaikum w.b.t...
Dah lama abangraja ingin sangat menulis dan komen tentang isu-isu terkini yang berlaku di negara kita ni terutamanya yang melibatkan masa depan negara, bangsa dan agama. Kesibukan menjadikan tulisan abang raja yang menjurus untuk komen isu-isu ni jadi agak terhad. Namun hari ni rasanya tak tertahan lagi ingin sekali berkongsi pendapat dan buah fikiran. Rasanya negara kita diambang huru-hara.
Guts feeling atau gerak hati abangraja memberitahu tentang bakal berlakunya kekecohan yang lebih besar dinegara kita bukan sahaja melibatkan Perak tetapi seluruh negara.
Apa lagi pemerintahan negara akan beralih kepada pucuk pimpinan yang baru dengan naiknya Dato' Seri Najib sebagai PM Malaysia yang seterusnya menggantikan Pak Lah.
Terkejut sebenarnya abangraja baca dalam wikipedia satu encyklopedia online yanmg describe bakal PM kita tu sebegitu sekali. Rupa2nya dunia melihat begitu buruk imej bakal perdana menteri kita yang bakal naik nanti menggantikan Pak Lah. Belum pernah ada PM kita yang naik takhta dengan imej yang begitu tercalar sebelum ni berbanding Dato' Najib. Abangraja pun hairan macam mana kes-kes yang melibatkan Dato' Najib ni boleh membesar sebegini sekali dan kenapa tiada satu penafian yang konkrit ataupun pembuktian yang konkrit dan jelas tentang kebenaran setiap tuduhan dan imej kotor yang dipaparkan tentang TPM kita ni. Jika benar Dato' Najib tidak terlibat dalam kes Altantuya then mengapa dia tidak boleh dibawa ke mahkhamah? Kalau Abdul Razak Baginda iaitu orang kanan Datuk Najib tidak terlibat dalam kes bunuh Altantuya habis tu ape kejadah 2 polis tu pergi bunuh? Siapa yang suruh? Kenapa rekod kemasukan imegresyen Altantuya di KLIA dipadamkan? Siapa yang padamkan? Semua ni telah membawa Malaysia kezaman yang semakin gelap.
Bermula dengan kemenangan pakatan rakyat merampas 5 negeri dalam pilihanraya PRU13 baru-baru ni Malaysia menjadi semakin huru-hara. Abangraja cukup sedih dengan laungan demokrasi yang diperjuangkan oleh kerajaan sebelum ni. Kalau betul memperjuangakan semangat demokrasi maka hormatilah pilihan rakyat. Abangraja masih ingat sewaktu belajar di luar negara dulu seorang pensyarah pernah bertanya kami para pelajar Malaysia..."What type of Government are you Malaysians?".... kami masa tu dengan bangganya menjawab .." WE ARE DEMOCRATIC COUNTRY.."... masa tu jugak lecturer tu jerit balik pada kami dalam kelas depan pelajar2 antarabangsa lain dia kata .."BULL SYITTTT!!" You Malaysia... you are not a democratic country... you are PARLIEMENTARY DEMOCRATIC COUNTRY. Termenung sekejap abangraja masa tu. Betul jugak apa yang lecturer tu kata. Kita ni bukan negara demokrasi tapi negara Demokrasi Berparlimen. Maknanya dalam parlimen je bebas bercakap luar parlimen dah tak bebas. Macam arwah Ustaz Fadhil dulu pernah kata ... Malaysia ni Kebebasan bercakap ada... kebebasan lepas bercakap tak ada...
Sekarang ni nampaknya dalam parlimenpun tak bebas bercakap. Tengok apa yang berlaku pada Karpal Singh diserang, dimaki hamun oleh pemuda-pemuda UMNO dibangunan parlimen sendiri. Abangraja amat sedih dengan kebiadaban dan keceluparan Karpal Singh tapi apa yang abangraja lagi sedih adalah bila pemuda UMNO menggertak Karpal yang lumpuh duduk atas wheelchair sedemikian rupa. Marah sungguh pemuda UMNO bila Karpal kata celaka kepada pemuda UMNO. Naina Merican dalam TV kata apa perasan Karpal kalau orang kata dia Singh Celaka? Mesti Karpal marah jugak.... Dan tindak tanduk pemuda UMNO itu adalah kerana tidak dapat tahan sabar dengan kata-kata Karpal. Abangraja nak bagi tahu sebenarnya bukan Karpal yang kata CELAKA tu dulu... pemuda UMNO dan blog-blog pro UMNO lebih awal kata Karpal Celaka dan macam-macam kata-kata kesat seperti babi dsbg. Contohnya pada 2 Februari dan 6 Februari dlam blog di internet. Tapi Saudara Karpal tidak pulak menengking2 dan jadi samseng macam tu. Dia gunakan platform yang bijak iaitu di parlimen. Dan Karpal telah tarik balik kata-kata dia tu jugak dalam Parlimen tapi media tak highlight bila Karpal tarik balik kata-kata dia. Media api2 kan supaya benci Karpal sedangkan orang lain yang kata Karpal dulu celaka tidak dihebohkan. Medialah yang menghasut api perkauman diantara kita sebenarnya dengan melaporkan perkara berat sebelah.
Imej gangster yan ditunjukkan oleh PEMUDA UMNO adalah penterjemahan kepada imej keseluruhan yang diajar oleh UMNO tanpa sedar kepada para pengikutnya. Abangraja sedih jika inilah pemimpin yang bakal mencorak ekonomi, pendidikan serta sosio politik negara kerana pastinya apa yang bakal berlaku adalah kehancuran bangsa dan negara kita sendiri. Abangraja masih ingat bagaimana UMNO juga mengoyak gambar Koh Tsu Koon sewaktu pergesaran antara UMNO dan Gerakan di Pulau Pinang tahun lepas. Imej ganas seperti ini adalah imej samseng yang pastinya petanda awal kehancuran sesebuah tamadun bangsa. Mesyuarat UMNO Bahagian di tempat abangraja sendiri baru-baru ni memperlihatkan kehadiran beberapa buah trak polis... sesama sendiri bergaduh berebut jawatan sampaikan baling-baling kerusi. Tengoklah... calon yang bakal bertanding 200 lebih tapi bilangan laporan rasuah menjangkau 900 laporan.
Astaghfirullah...
Abangraja sebagai generasi muda yang menerima pendidikan barat di AMERIKA, yang menerima pendidikan ISLAM di rumah dan di surau-surau dan masjid-masjid ... merasakan bahawa kita sedang menuju semakin hampir dengan kehancuran. Samada UMNO yang hancur ataupun negara kita keseluruhanyapun boleh hancur.
Ini boleh berlaku bila semua sistem pentadbiran kita korup. Polis, makhamah, SPRM, Sistem pendidikan, kesihatan, kejuruteraan dsbg semua korup. Maka pada waktu itu yang berkuasa adalah siapa yang ada duit. Abangraja sedih sangat bila media kita tidak begitu adil dalam buat laporan. Patutlah indeks ketelusan negara kita (Transperancy International Index) negara kita saban tahun makin merosot. Universiti kita semakin merosot rangking... kadar jenayah semakin tinggi... pelajar kita semakin tercorot dari segi pencapaian Math Science peringkat antarabangsa... semakin bodoh dengan dipermudahkan soalan peperiksaan dan marking demi nak tunjukkan kejayaan PPSMI ... dan ekonomi kita juga jauh ketinggalan berbanding Korea yang dulunya seiring dengan kita. Sekarang ni ekonomi kita diperbandingkan oleh negara jiran dengan hanya ekonomi Vietnam dan Laos... sedihhhh sangat-sangat.
Kenapa begitu takut orang politik untuk berjuang dengan hati yang telus... kalau betul benda tu salah katakan salah tak kiralah siapa malahan Najib sekalipun... nescaya disitulah masyarakat dunia akan kagum dan hormat Malaysia dan UMNO sebagai organisasi yang berprinsip. Masyarakat dunia akan hormat kita bangsa Malaysia sebagai bangsa yang berprinsip dan bermaruah. Sekarang tidak jadi macam tu. Asalkan ianya perbuatan UMNO maka ditutup. TV pulak bila pembangkang buat penjelasan tak buat coverage langsung. Kalau adapun sikit sangat... macamlah guna duit Mak Bapak dia bayar gaji kakitangan TV terutama RTM tu... semua tu guna duit rakyat.. duit pembangkangpun termasuk jugak sebab merekapun bayar cukai jugak!! Macam di Kelantan... dah hampir 20 tahun TOk Guru Nik Aziz jadi Menteri Besar tapi tak pernah dapat peluang untuk ke Radio 3 Kelantan sedangkan gaji kakitangan RTM tu rakyat yang bayar... dan rakyat kelantan majoriti undi PAS. Inikah yang dikatakan demokrasi??? Jelas lagi nyata inilah pelanggaran prinsip asas hak-hak demokrasi yang dilakukan oleh UMNO.
Macam kes Khir Toyo dengan Isu korban lembu dan penggunaan kerta peribadi tu satu benda yang tak patut sangatlaaaa di heboh2kan. Bila Tan Sri Khalid bongkar balik rasuah khir toyo tu senyap pulak media takde pulak diceritakan begitu detail. Titah sultan selangor agar lebih banyak korban lembu sedemikian rupa dilakukan untuk rakyat tidak pulak diheboh-hebohkan. Suka ke kita kalau orang yang rasuah memimpin kita?!!! SUKA KE KITA???? Tak kiralah siapapun... Pakatan Rakyat ke UMNO ke asalkan JAHAT kita akan tentang!!! Ni tidak... kalau UMNO yang buat terus jadi berat sebelah termasuk pendakwaan. Apa nak jadi sistem kehakiman kita ni??!! Tan Sri Khalid guna kereta persendirian untuk urusan rasmi apa masaalahnya.... baguslahhh... kenapa tak semak exco terengganu guna kereta kerajaan MERCEDES E240 untuk urusan peribadi tu macam mana??? Kenapa tak bising???!!
Macamlaa kat Perak tu. Bila Speaker Perak Sivakumar tu panggil sidang tergempar DUN Pak Lah suruh report polis. Adus... seluruh negara terbahak ketawa. Mana boleh report polis. Tu bukan kes jenayah dan tindakan speaker tu terang-terang tidak bercanggah dengan akta tubuh negeri Perak. Krisis di Perak ni simple je... kalau betul-betul pejuang bangsa kenapa tak nak bubarkan DUN dan buat pilihanraya biar rakyat yang pilih. Undian di NTV7 sendiri menunjukkan 95% pengundi mahukan DUN Perak dibubarkan. Bila tak nak bubar maka fitnah laa akan berlaku. Budak sekolah pun akan kata UMNO takut kalah dan perlantikan MB baru tu tak sah. Bagaimana dengan jutaan duit rakyat yg dihabiskan untuk MB haram tu nanti... aduhhhh... memang tak sayangkan negara betulllah tengah-tengah ekonomi gawat ni...
Bila ada report tentang beli wakil rakyat dan laporan dibuat ke SPRM tiada pulak tindakan drastik diambil terutama yang melibatkan Dato' Najib dan orang2 tertentu. Sepatutnya tidak kiralah siapa ambillah tindakan tanpa pilih kasih barulah imej UMNO parti pemerintah yang agung tu akan jadi bersih. UMNO nak ke pemimpin yang jahat menerajui negara... bukan saya kata Najib tu jahat tapi tak kira siapalah asalkan dia jahat kita pasti tolak termasuklah dari Pakatan Rakyat.
Bila timbul isu beli kereta camry berbulan-bulan dihebohkan dalam media... yang kerajaan Terengganu beli Mercedes dan Kerajaan Sabah beli Volvo tu kenapa tak bising. Sedangkan 2 negeri ni antara yang tercorot dari rangking negeri termiskin di Malaysia.???!! Kenapa double standard?!!!
Bila Isu Eliza dengan gambar separuh bogel keluar maka ramai pulak pemuda UMNO keluar buat bantahan suruh letak jawatan... masa kes Rahim Tamby Chik dulu kenapa tiada yang buat bantahan... Chua Soi Lek siap berbogel dengan aksi video lagi... bukan sekadar gambar video lagi tu...oral seks lagi tu... pastu dahla dia tu dah kawin... si eliza ni pulak dia masih bujang pastu pulak gambar dia tgh tidur tapi di curi ambik!! Nampak sangat jahat dan zalimnye UMNO!!! Kalau macam ni caranya maka orang bodohpun benci... budak sekolahpun benci... patutlah dalam PRU13 baru2 ni kebanyakan kawasn yang ramai orang cerdik dan status ekonomi tinggi mereka pangkah pembangkang sebab bila cerdik takleh tipu... bila ekonomi OK takleh rasuah. UMNO menang di kawasan hulu ... Sungai Lembing... Pekan... just to name a few...
Ni tengah hot ni... menulispun laju jer... sorry laa kalau spelling tersilap....
Pastu timbul isu derhaka pada Sultan... kenapa bila Nizar jawab balik tak pulak buat coverage. Kenapa bila UMNO kata DYMM AGUNG BINATANG dalam kes Idris Jusoh takdepun UMNO yang bangkit mempertahankan Sultan...???!!! WHYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY!!!!! Maka sekarang abangraja buat kesimpulan bahawa ini dalah petanda kejatuhan sesebuah tamadun... Kejatuhan sebuah kerajaan... kejatuhan sebuah empayar... Sejarah membuktikan kejatuhan Tanah Melayu, kesultanan Melaka atau apa sahaja kerajaan... ianya berlaku bila ketidakadilan, rasuah, dan kemusnahan sistem pentadbiran bermaharaja lela.
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan