"
Kemelut dan krisis perlembagaan di Perak sudah diheret terlalu jauh , dengan tindakan terbaru umno yang sudah menghantar rombongan ke London bagi mengambil nasihat QC's
Perak Tussle Umno Seeks QC S OpinionUmno is seeking the opinion of a Queen’s Counsel (QC) on the constitutional issues which have bedeviled Barisan Nasional’s takeover of the Perak state government from Pakatan Rakyat
Umno Sudah Hilang Punca
i.
UMNO seolah – olah sudah membelakangkan DYM Sultan Perak , selakau bekas Ketua Hakim Negara , Raja dan sultan yang pakar dalam hal – hal perundangan.Kenapa , UMNO yang memperolehi ’kuasa’ melalui DYMM Sultan Perak , tidak merujuk dan mendapatkan nasihat , pandangan dan panduan dari Istana ?
ii.
Menyerahkan kembali kepada inggeris , negara penjajah yang pernah menjajah negaraIni lah perbuatan yang lebih hina , kerana secara langsungnya menggambarkan ketidakbolehan badan – badan yang bertanggungjawab kepada perundangan negara menyelesaikan kemelut yang ditimbulkan oleh Najib.
Nafi Pergi Ke London
Walaupun cuba dinafikan olehnya , MB Perak yang dikatakan mendapat perkenan DYMM Sultan Perak , tidak cuba menjelaskan secara telus maksud rombongan dan siapa didalam rombongan ke London tersebut !!!
Beliau sepatutnya tidak cuba membuat ulasan terhadap isu berkenaan , kerana diam itu lebih baik.
Jawapan – jawapan yang diberikan bagi memuaskan pemberita dan wartawan , hanya meletakkan dirinya dan kerajaan yang ’dipimpin’nya dalam kandang pesalah.
Curiga rakyat dan orang ramai , serta anggapan dan telahan umum semakin kuat , bahawa tindakan – tindakan yang dibuat di Perak adalah bercanggah dengan peraturan , undang – undang dan perlembagaan negeri dan negara.
Rujuk Ke Mekah
Sepatutnya , sebagai seorang islam , bilamana sudah sampai ke satu titik dan nokhtah akhir , keadaan sudah benar – benar kusut , alangkah bagusnya kalau Al Quran dan Al Hadith dirujuk , dalam negara pun banyak pakar – pakar dalam bidang itu , dan tidak lah perlu pergi ke Mekah atau Madinah untuk merujuk sumber asal hukum – hakam yang termaktub dalam Al Quran dan Al Hadith.
Catatan
Tindakan UMNO Perak , dengan dan atas nasihat Presiden UMNO dan kepimpinannya merujuk krisis di Perak ke QC’s , dikhuatiri nya nanti akan ada rakyat negara ini yang membuat tafsiran dan kesimpulan , negara ini hendak diserahkan kembali kepada Inggeris , iaitu bekas penjajah dan juga bapa kandung UMNO.
Krisis dan kemelut yang dicipta UMNO ini sepatutnya diselesaikan di Istana Perak. Di situ ianya bermula , dan di sana juga ia nya perlu diselesaikan , sekiranya timbul apa – apa permasaalahan yang berkaitan. Adakah benar kata najib ini , "Dakwaan Adun PR tidak masuk akal
Datuk Seri Najib Razak menganggap dakwaan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak dari Pakatan Rakyat yang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kononnya mereka ditawarkan RM20 juta untuk keluar parti sebagai tidak masuk akal.
Sambil menyerahkan kepada SPRM untuk menyiasat dakwaan berkenaan, Timbalan Perdana Menteri menegaskan mereka yang membuat laporan palsu boleh didakwa.
Benar sekali , oleh kerana tindakan Najib bersama Zahid dibuat ketika akal mereka berdua tidak sempurna.
Kedudukan otak mereka tidak ’centre’.
Pemikiran mereka tidak siuman.
Tindakan mereka jelas membelakangkan DYMM Sultan , peraturan , undang – undang dan perlembagaan negara dan negeri.
Lagi lucu , kata Pak Lah pulak "Pembangkang sengaja mahu tarik perhatian"
Memetik kata – kata Pak Lah selanjutnya ,
Dakwaan dua ahli politik pembangkang bahawa mereka pernah ditawarkan sejumlah wang dan beberapa tawaran lain daripada Barisan Nasional (BN) agar keluar parti disifatkan sebagai sengaja mahu 'menarik perhatian'.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pembangkang terpaksa menggunakan cara tersebut bagi mengelirukan rakyat disebabkan mereka gagal melaksanakan tanggungjawab sebenar iaitu berkhidmat dengan baik seperti yang dijanjikan.
"Saya tak tau langsung, boleh jadi depa (mereka) buat cerita. Buat cerita macam-macam ini memang menarik.
Jadi, banyak orang dakwa itu, buat andaian itu, tuduhan pun ada juga,. Macam-macam yang berlaku,
Tengok , bagaimana ayat – ayat , kenyataan dan penafian di atas oleh seorang pemimpin yang sudah dikenali ramai sebagai pembohong dan penipu ini
Now , baru sekarang nak menyesal ?
Baru sekarang tidak nampak jalan penyelesaiannya ?
p/s
Rakyat malaysia harus berhati - hati , berwaspada sentiasa , kemaruk kuasa pemimpin - pemimpin ini akan menyebabkan mereka boleh bertindak di luar batas , dan melampaui tahap pemikiran waras sebahagian besar dari kita.
jangan nanti , bilamana keadaan sudah menjadi tidak terkawal , kerajaan umno akan menjemput kembali penjajah inggeris , untuk mentadbir negara ini secara bersama.
Jangan sekali - kali pelik , kerana dalam semua urusan lain , samada ekonomi , pertahanan , pendidikan , dan lain - lain , orang putih sudah lama dilantik sebagai penasihat kepada kerajaan umno ni
Rakyat harus perlu ada rasa khuatir , entah nanti dalam soal politik dan pemerintahan negara pun , penasihat mat salleh juga akan diletakkan di Putrajaya , dan pertama dan keutamaannya di Perak sekarang ini
Kelak nanti , sekiranya itu yang berlaku , adakah akan berulang kembali adanya jawatan Residen orang putih di Perak khususnya dan Malaysia amnya.
Pak Lah dan juga terutamanya Najib sudah pening , buntu dan kalut , termasuk pemimpin - pemimpin umno.
Sekiranya kewarasan kurang , semuanya boleh terjadi.
"
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan