"ASSALAMUALAIKUM,
Fakta ini bakal menjadi lebih menarik jika anda membaca sambil memegang hidung sambil digosok perlahan-perlahan..Anda tidak percaya.. cuba lakukan sekiranya anda berani !!!..
Lihat kejadian ini sebagai mukadimah pembuka Fakta..
Di sebuah rumah sewa dan waktunya pula petang sebelum pukul 5 ..
" Abang ni Nor tengok makin kuat hisap rokok ?. Ingat bang, anak kita baru hampir mencecah ke 7 orang, jauh lagi untuk mencapai misi bersalin kita 10 orang anak?. Leter isteri pada suaminya sambil makan jeruk.
" Eh mana ada! kan abang hisap sebatang ajer.. . " Jawab Suami sambil cuba membuat bentuk bulat-bulat dari kepulan asap rokok, menyebabkan isterinya yang seronok mengunyah jeruk terhenti, lalu berdiri didepan suaminya dalam keadaan bersedia " bakal aksi tak elok kita lihat " sambil berkata
" Sebatang abang kata !! baru 2 jam kat rumah ni.. Nor tengok dah lebih seploh batang abang hisap ?" . Berang isteri sambil membetulkan kuda-kuda..
" Isk..isk.. Nor ni, kan sebatang ajer abang hisap sekarang ni !! Ada Nor nampak abang hisap 3 ker 5 batang sekali dalam mulut ? Jawap suami menyebabkan isterinya terduduk dengan kuda-kudanya...
Kejadian sebelum pukul 6.30 petang pula...
" Assalamualaikum !! Wahai En. Saleh "anak lelaki ayahmu bini dua" iaitu Pak Daud.. Ate!! miker ader dirumah ker idak ?.. Panggil seorang tetamu "masih belum diundang" sambil terjengok-jengok diluar..
" Ada !!.. Miker Udin gupernyee !!.. Ape ke he nyer..?. Jawab Suami kepada tetamu " sedang diundang" dengan segera keluor ghumah takut perbincangan mereka didengor oleh isterinya..
" Ate !! Teman nak ngajok miker datang ghumah lepas Maghrib ni, ader buat tahlil sikit.." Pesan tetamu "selepas diundang" dengan wajah ceria..
" Isk..isk.. kalau lepas Maghrib..tidak dapat ler teman datangnyer.. tapi sebelum Isyak.. boleh ler!!". Jawapan segera diberikan sang suami hingga menyebabkan tetamu tadi berjalan pulang dengan menyumpah dalam hati " Ate!! mengenakan teman ghopernyer..Hampeh!!!" ..
1. PDRM, SPR dan SPRM adalah diantara parti yang telah lama ditubuhkan kini menyatakan sokongan tidak berbelah bagi untuk menyokong Barisan Nasional menyekat kemaraan Pakatan Rakyat. Manakala parti berasaskan perjuangan "MEDIA", iaitu Media Prima masih lagi mahu mengkaji kedudukannya.
2. Anda jangan tertipu jika lihat pada gaya dan lakonannya bersama keris sambil melaungkan HIDUP MELAYU!!! HIDUP MELAYU!! padahal dialah yang musnahkan bahasa melayu malah tidak pula berani untuk mempertahankannya apabila dicabar berdebat..Siapa ye..?
3. Seperti yang pernah dijangkakan dalam artikel penulis sebelum ini, Karpal Singh tidak akan ditangkap walaupun 1000 laporan polis dibuat, kerana karpal "BAKAL DIGUNAKAN"..
4. Oleh kerana berada didalam Barisan yang sama, laporan polis atau rasuah tidak akan di siasat oleh parti PDRM dan parti SPRM sekiranya ianya dibuat pada pembangkang.
5. Parti SPR masih dalam peringkat kajian untuk melaksakan undang-undang baru berkaitan pilihanraya iaitu " MEWAJIBKAN orang yang telah meninggal dunia menyediakan surat peletakan jawatan " barulah pilihanraya boleh diadakan khususnya melibatkan pembangkang.
6. Penggunaan DAKWAT tidak dapat dilaksanakan lagi dalam beberapa PRK akan datang kerana bekas Pengerusi @Presiden SPR yang lama " telah terlupa atau buat-buat lupa" untuk memberitahu "KEDAI DIMANA JUAL DAKWAT " kepada Presiden mereka yang baru.
7. Telah menjadi adat dan kepercayaan orang ramai, semakin lama sesuatu barang itu akan kurang nilainya..tetapi istilah ini tidak boleh diguna pakai apabila kita bercakap mengenai TOL.."Semakin lama semakin mahai"..
8. Berita gempar telahpun terjadi disebuah perkampungan orang asli di dalam negeri Pahang, apabila satu-satunya kedai RUNCIT dikampung tersebut telah bangkrap , dipercayai tuan punya kedai tersebut bekas pegawai tinggi TNB.
9. Soalan baik untuk anda semua, anda rasa boleh tak anda jawab soalan ini.. " Satu barang dinaikkan dari RM1.70 kepada RM3.00, tetapi telah diturunkan semula sebanyak RM.20 menjadi RM2.80..tanyalah diri anda betulkah "TELAH TURUN " atau " MASIH NAIK " .... ????.
10. Jika ahletih utama sukan negara dalam acara LOMPAT PERSEORANGAN LELAKI en. IBrahim bin Ali berjaya melakukan lompatannya melepasi kawasan UMNO, maka beliau sebenarnya telah berjaya memecahkan rekod peribadi cacatan masa beliau sendiri yang telah dicipta lebih 10 tahun lepas.
11. Sekumpulan nelayan di negeri Melaka, kegemparan apabila mereka menghadapi kepupusan tangkapan ketam, tidak seperti ditempat lain dan setelah di siasat oleh jabatan MERIN masalah ini sebenarnya berpunca dengan hasrat KM mereka untuk bertanding Timbalan Presiden UMENO.
12. Zahid Hamidi dirasakan bakal menghadapi laluan sukar untuk menang dalam pertandingan yang disertainya kerana telah menukar hadiah kepada penyokongnya dari MOTOR BESAR kepada songkok-songkot Aji.
13. Akan berlakukan " KILAUAN PANCARAN CAHAYA SERTA CAS-CAS NEGATIF-POSITIF DARI PENTAS UTAMA " SEKIRANYA ditakdirkan Hamid Albar, Mukhriz serta dibantu oleh Zulhasnan (Menteri Wilayah) dapat duduk bersama sebelah menyebelah.
14.Mat Taip pada awalnya mahu menghadiahkan perwakilan dan penykongnya mesin taip jenama Toshiba, tetapi membatalkan hasratnya kerana zaman sekarang mana ada orang guna benda alah tu lagi.
15. Setelah dirisik dan disiasat, rupanya pasukan MAT TAIP sedang menyiapkan satu pasukan Teater oleh TADIKA KEMAS dengan tajuk pementasan " DISEBALIK RANTAI BESI INI ", yang bakal dipersembahkan pada Perhimpunan UMENO kali ini untuk meraih sokongan.
16. Walaupun bakal kehilangan sokongan BAPAK MERTUANYA, KJ tetap meneruskan misinya demi "MENGKAMBRIDGEKAN BANGSA MELAYU"..
17. Parti SPR telah memimjam logo CEKAP,MESRA dan BETUL dari parti sewaktu denganya iaitu PDRM, apabila ADUN Batang Ai meniggal dunia, bukan seperti dalam isu kekosongan ADUN sebelumnya.
18. Raja segala Speaker jenama "PANDIKAR" 1000watt bakal digunakan untuk menyekat kemaraan anak Speaker jenama "SIVA" juga 1000watt. Jenama apakah yang paling kuat dan tahan? ..mari kita saksikan nanti..
19. Ong Tee Keat kemungkinan akan mengeluarkan DVD terbarunya, untuk menyekat jualan DVD baru oleh Soi Lek.
20. Setelah melihat kejayaan akibat dari "Usung TILAM" oleh Musa Hassan hingga berjaya menjadi KPN , ada anggota Polis dari Selangor yang telah menawarkan diri untuk " MENGUSUNG LEMBU" untuk dibawa ke Mahkamah.
21. " Nak kata pekak tak pekak, nak kata bodoh tak bodoh, nak kata gagap tak gagap, nak kata berani memang tak berani..Eh!! Hisamudin ker orangnya..saya tak kata yeeee..
22. Pemuda UMNO marah apabila Karpal menuduh mereka hantar peluru..sedangkan mereka sendiri lupa, 160 laporan Polis merekalah yang buat, yang mendesak karpal merekalah juga.. Abis tak kan Karpal nak tuduh Pemuda Parti Rak Tai atau Pemuda Parti Amanat Bangsa pulak!!!.
23. Tahukah anda, PROTONlah satu-satunya syarikat Automotif didunia yang berjaya menjual kereta keluarannya hanya menggunakan gambar dan "MODEL Bangkai kereta " tanpa perlu sebijik kereta yang telah siap dengan penyerinya model-model seksi.
24. Ketua atau President parti SPRM kemungkinan telah kering air liur apabila isu anaknya tersebar di Enternet.
25. Adakah Pak Lah akan jadi seperti Mahathir dan beberapa PM sebelumnya yang melawan kembali UMNO apabila tidak lagi bergelar PM..? Dimanakah dan tidak malukah Pak Lah sebagai bekas PM, bakal diletakkan kedudukannya setaraf dengan ahli Parlimen BN mahupun pembangkang didalam dewan nanti..
Fikirkan.. "
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan