Nama Islam dekat PAS nak diharamkan, nama Allah pula UMNO jual!

" Psiko sungguh UMNO sekarang ni. Nama Islam pada PAS hendak dibuang oleh UMNO tetapi gagal lalu nama Allah pula yang dijual oleh UMNO kepada bukan Islam. Akhbar melaporkan Nakhaie UMNO pun mengamuk dan menggesa agar JANGAN MENYOKONG UMNO sekiranya UMNO tetap membenarkan nama Allah dicuri dan digunapakai untuk merujuk kepada tuhan-tuhan kaum bukan Islam. Keratan akhbar disertakan.

BHARIAN,

KEPALA BATAS: Kerajaan perlu menarik balik keputusan membenarkan penggunaan kalimah "Allah" dalam penerbitan agama Kristian kerana ia menyentuh sensitiviti umat Islam bukan sahaja di negara ini malahan di seluruh dunia.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Mohd Nakhaie Ahmad, berkata kerajaan tidak bertindak secara bijak apabila membenarkan penggunaan kalimah itu oleh penerbitan Kristian kerana ia akan menimbulkan kemarahan umat Islam dan boleh membawa kepada tindakan agresif.

Katanya, kerajaan sepatutnya tidak membuat keputusan sedemikian tetapi menyerahkan kepada mahkamah yang berkenaan untuk proses rayuan kerana perkara itu sudah dibawa ke mahkamah oleh pihak penerbitan Herald-The Catholic Weekly.

"Kerajaan perlu menanggung risiko kesan daripada keputusan itu iaitu sama ada rakyat bertolak ansur seperti mana yang dilakukan kerajaan atau tidak akan menyokong kerajaan yang ada pada masa akan datang.

"Pada saya, kerajaan sudah melakukan satu kesilapan dan yakin umat Islam di negara ini tidak akan menerimanya kerana pengertian Allah itu adalah berdasarkan kepada tauhid yang berbeza antara Islam dan Kristian dan ini boleh mencetuskan golongan Islam yang ekstrim," kata Nakhaie kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Halal di Dewan Milenium di sini hari ini

Beliau diminta mengulas laporan akhbar berhubung penggunaan kalimah "Allah" bukan lagi satu larangan seperti yang terkandung dalam warta baru yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) awal tahun ini.

---

Mungkinkah UMNO nak cetuskan provokasi lagi?

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.