"Mengenai keputusan Speaker yang dibuat diluar sidang DUN,adakah ada peruntukan negeri ke yang menyalahkan tindakan tersebut?Adakah Speaker melanggar Peruntukan perlembagaan negeri Perak? Tentu sekali tidak.
Peruntukan dalam perlembagaan sendiri berhubung keputusan Speaker inipun tak jelas,jadi andaian ia adalah salahguna adalah tidak tepat.
Apa yang dilakukan Speaker disini adalah pegang dahulu,apabila sidang bersidang barulah didebatkan perkara ini dalam sidang dewan utk pengesahan. Perkara ini tidak salah . Lagi pula peruntukan keputusan Speaker ini sudah mengikut dan tidak menyalahi perlembagaan negeri Perak yg lama (sekarang),dan tidak pernah dicabar oleh mana² pihak.
Dan mengenai peruntukan Kuasa Speaker inipun tidak dibincangkan dengan detail pun didalam dewan DUN,bukan sahaja di Perak malah negeri lain sekalipun.Dan hal ini adalah berbeza dengan perlembagaan perseketuan,yang banyak sentuh pasal freedom,hak kebebasan,tapi perlembagaan negeri tak ada.
Lagi pula,perkara ni bukanlah bersifat kekal, dan masih boleh dipertikaikan dalam sidang DUN akan datang.Yang mempunyai kuasa mutlak,adalah sidang dewan tu sendiri.Dan tindakan Zambri nak ambil tindakan undang-undang adalah tak betul. Kerana dalam peruntukan perlembagaan negeri Perak sudah menjelaskan bahawa keputusan Speaker adalah muktamad. Final dan tidak boleh dicabar di mahkamah sama sekali. Senang cerita, keputusan Speaker dan keputusan di dalam DUN tu sendiri tidak boleh dipertikai di mahkamah. So apa jalan keluar daripada semua ini?
Bubarkan DUN, adakan pilihanraya balik. Jelas??? hehehe..
Oleh JilFityan
http://jilfityan.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan