Umno Mencipta Sejarah Terburuk.


" Syabas pemuda umno Malaysia kerana berani dan semangat juang yang kental. Terutama 22 pemuda umno membelasah dan memukul ahli parlimen yang lumpuh (OKU) Sdr. Yb. Karpal Sing dan Yb. Lim Lep Eng di kawasan Parlimen.

Natijah pemuda umno memukul kerana Yb. Karpal mengeluarkan kata yang menusuk hati pemuda umno "pemuda umno celaka". dalam dewan parlimen. Maka semangat keris yang telanjang, bogel malah dimamah usia dan berkarat tiba-tiba "menghunus" ke dada dua orang Yb pakatan rakyat.

Hebat. Itulah umno dan pemuda umno bertindak garang dan ganas. Samseng pemuda umno hanya hangat tahi ayam atau hanya semangat macam air berkobonet. Tindakan pemuda umno dan umno bagaikan mempercepatkan proses pereputan umno.

Cara yang amat tidak bertamadun dan bersifat kebinatangan yang ditunjukan oleh pemuda umno dan umno khasnya dan bangsa Melayu. Karpal ada hujah yang cukup relevan dan sepatutnya pemuda umno dan umno ambil pengajaran dari apa yang diungkit oleh Karpal.

Persoalannya mengapa pemuda umno dan umno begitu berani bertindak dalam kawasan parlimen yang dikawal dan jaga oleh pehak keselamatan. Setahu kami pemuda umno biasanya bertindak ada orang yang tertentu dibelakang pemuda umno. Pemuda umno jangan cuba mengeruh suasana yang aman damai atau mengkin ada agenda disebalik tindakan pemuda umno dan umno khasnya.

Kami bukan membuta tuli menyokong karpal atau membela Karpal. Hanya cara pemuda umno dan umno boleh membawa satu titik tolak pergesran politk dan perkauman di Malaysia. Cara pemuda umno khasnya umno mengambil tindakan memang mencita sejarah yang terburuk semenjak penubuhan UMNO dan Malaysia.

Bermula dari sekarang rakyat macam kami sudah tidak percaya kepada pemuda umno dan kerajaan barisan nasional khasnya umno. malah kami rasa terancam setiap pergerakan dan tingkah laku pemuda umno kerana samseng tidak bertempat.

Kalaulah dalam kawasan parlimen pemuda umno boleh bertindak samseng dengan memukul orang. Diluar parlimen lagi ganas kok. Kami harap pemuda umno tidak mengulang perkara sama dalam tiga pilihanraya kecil bakal diadakan dalam waktu yang terdekat.

Kesimpulanya tindakan pemuda umno dan umno khasnya memburukan lagi proses demokrasi dan perpaduan kaum di Malaysia. Jadi kita harap rakyat di ketiga bukit. (Bukit Lanjang, Bukit Selembau, Bukit Gantang) bakal menghukum umno dan barisan nasional. Rakyat mula benci pada pemuda umno dan umno selepas memumukul dan menyerang kedau Yb. Pakatan Rakyat.

Penutup. Pada asalnya kami marah dan benci pada tindakan Yb. karpal dalam isu Melayu. Namun selepas tindakan samseng pemuda umno dan umno khasnya kami merubah haluan kerana pemuda umno bertindak cara tidak tamadun dan hampir pasti ada ketua atau arahan disebalik pemuda umno bertindak dan ada egenda yang terselindung oleh pemuda umno dan umno khasnya terutama diambang umno menuju senja. "

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.