Hadi Awang, Mohd Sabu dan tokoh bahasa pada Ceramah kemuncak bantah PPSMI

BAGI menggerakkan seluruh rakyat menghadiri Himpunan 100,000 Rakyat Bantah PPSMI di hadapan Istana Negara pada 7 Mac ini, satu ceramah kemuncak PPSMI akan diadakan di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar pada 6 Mac, jam 930 malam.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Naib Presidennya, Mohamad Sabu akan menyampaikan ceramah pada malam itu bersama tokoh-tokoh bahasa utama seperti Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said, Pengerusi Gerak Mansuh PPSMI (GMP), Dato' Dr Hassan Ahmad, Timbalan Pengerusinya, Prof. Dr Shaharil Mohd Zain, Dato' Dr Hassan Ahmad, Prof Dr Abdullah Hassan, Puan Ainon Mohd dan penyajak Dinsman.

Demikian maklum jurucakap program, Radhi Hashim kepada Harakah.

Menurut beliau, tokoh-tokoh pendidikan dan budaya yang sudah mengesahkan kehadiran mereka pada malam tersebut ialah Sasterawan Negara, Dr Muhammad Haji Salleh, Prof Dato' Nik Safiah Karim, Prof Dr Awang Sariyan, Prof Dr Ir Wan Abu Bakar Abas, Dato' Dr Anuar Ridhwan, Dato' Baha Zin, Haji Ahmad Subky Abdul Latiff dan Azizi Abdullah.

Program anjuran GMP dengan kerjasama Jawatan Kuasa Bertindak PPSMI PAS Wilayah Persekutuan ini akan dimulakan dengan solat hajat/munajat di Dewan Dato' Fadhil Noor, Markaz PAS yanga kan diimakan oleh Ahli Majlis Syura PAS, Ustaz Hassan Shukri jam 9 malam.

"Orang ramai dijemput hadir dan hebahkan maklumat ini kepada rakan-rakan melalui telefon, sms serta emel," pinta Radhi lagi.

--
Dicatat Oleh Tarmizi Mohd Jam ke SANGGAHTOKSAGO.COM

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.